Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 19, 2012

Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen


Oleh Nasrudin Hassan,

Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini.

6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [API]

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive