Ahad, Ogos 26, 2012
Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya
Oleh Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA — PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.
“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.
“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (ProgramTransformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik … tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan
Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.
“Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.
“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.
“Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center … kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR).”
Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.
Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.
Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.
Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka “gembira” dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.
Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012. – The Malaysian Insider
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Ogos
(115)
- 19 Pasangan Dicekup Ketika Nak Projek Di Malam Mer...
- 4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka
- VIDEO GENG IKAN BAKAR BELASAH PESERTA JANJI DEMOKRASI
- GAMBAR DARI DATARAN MERDEKA
- Pemandu Teksi Dirogol 'Angelina Jolie'.
- TERKINI!!! LAGU TEMA JANJI DICAPATI
- MANA AHMAD MASLAN,TAK NAK PI MOTONG GETAH KA?
- PARTI KOLAM MANDI - BIKINI WARS
- PEKERJA DIPAKSA HADIR PROGRAM JANJI DICAPATI
- JENAKA PA SYSTEM DI ZAMAN WIRELESS
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 28/08/2012
- BUKTI JANJI DICAPATI RAIS YATIM
- BANGANG!!! PA SYSTEM ROSAK PUN NAK SALAHKAN BERSIH
- Peniaga mati ditembak di depan kedai di Marang
- Kisah silam dirogol bomoh
- RISIKO GUNA TELEFON BERJALAN KAKI
- Rasa Nak Berbogel
- Pembantu Rumah Vietnam mengislamkan 22 orang ahli ...
- HARGA SEKEPING ROTI CANAI LEBIH MAHAL DARI HARGA S...
- Tawar Khidmat Urut Kepada Bawah Umur
- UMNGOK SESAK NAFAS
- Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak s...
- LAWAK AHAD: TENGKORAK BETOI
- GEMPAR!!! Peniaga Mengamuk 18 Jalan Ditutup 3 Hari...
- Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter
- Kes tembak di New York, 9 cedera
- Kisah Benar- Berlaku Di Gombak, Mayat Tidak Diteri...
- 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita
- PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU
- Ibu Potong Kemaluan Bayinya Kerana Inginkan Anak P...
- Reka isu bukti Umno takut dengan perpaduan Pakatan...
- Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'
- Siaran Tertunda: Kedah vs ATM
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 22/8/2012
- DRAMA SEBAK SEORANG IBU DI TV3SUKU
- Tips Mendapatkan Bayi Kembar
- Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan
- Karpal masih menari ikut rentak yang UMNOBN mahukan?
- Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
- PETUA PANJANGKAN "BARANG" DAN TAHAN LAMA
- Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilar...
- Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali sa...
- Pasai apa Mahathir gundah gulana?
- Antara tapis internet dan tapis pilihanraya
- Umno Mencari Pelampung Agama
- Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen
- LAWAK AHAD (SPESIAL HARI RAYA): TELOQ SAYA MASIH ADA
- SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
- Sambut Aidilfitri cara Islam bukan ikut jahiliah
- HUKUM MENJILAT UMNO
- UMNO YANG PATUT TINGGALKAN PERJUANGAN ASSOBIYAH
- Live dari Lebuhraya Plus
- Waktu Subur Wanita - Fahami Kitaran Haid Wanita
- Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
- SENARAI LOKASI PERANGKAP HADLAJU
- 7 Makhluk Halus Terpopular Di Indonesia
- JANGAN CUAI KETIKA DIROGOL
- AKTA DAN AUTA
- Apa Sebenarnya yang Berlaku terhadap Masyarakat Ro...
- GAMBAR KAKI BAKAR DIKEHENDAKI PIHAK POLIS
- Gadis Dirogol dan Dibunuh dengan Kejam di Ambang A...
- Kafir harbi celah mana?
- Jual Beli Fatwa Lebih Untung Daripada Jual Beli Unta
- JANJI DITEPATI: SENARAI LOKASI PERANGKAP HADLAJU
- Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
- Koleksi kepala bapak rakan dan taulan
- WANTED!!! Polis Terengganu
- Murid dicabul guru lebih setahun lalu
- MAHASISWA ANTI PTPTN DI TAHAN KETIKA BERBUAT MAKSI...
- Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah
- Usah 'jadi lembu' pengakhiran Ramadan ini
- Panas! KAPAL UMNO/BN DISABAH DAH MULA KARAM ???
- LIVE: Chelsea vs Manchester City
- GADIS KEMBAR SIAM BERKONGSI BADAN
- LAWAK AHAD: JIN PUN TAKLEH CARI MAKAN
- Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS
- CCTV rakam hantu budak
- Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap
- Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dal...
- Hukum Wanita Sembahyang Tidak Pakai Baju Dalam
- PENCIPTA MELODI LAGU JANJI DITAKUTI TERMAKAN SEMUT?
- Rahmat Lailatulqadar Anugerah Kualiti Puasa
- CELCOM MAKAN DUIT HARAM?
- KISAH HANTU DI PUTARJAYA
- BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja
- Lekehnya pecacai UMNO, fitnah buta tuli, bukti mac...
- GADIS DIROGOL 5 ORANG "PENCEGAH MAKSIAT"
- ANWAR DI GOOGLE HANGOUT 17 OGOS INI
- Misteri Kepala Terbang Di Kedah
- BIAQPILA 4 TAHUN
- Anak Lembu Mirip Manusia
- Lelaki Mati Berzina Di Bulan Ramadhan
- SAIFUDDIN ‘TOLAK’ TAWARAN PALSU MASUK PKR
- Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia
- Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih
- Selamat menyambut Nuzul Al-Quran
- Polis Paksa Pasangan Kekasih Berjalan Bogel Ke Balai
- Video: Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk ...
- FITNAH SKANDAL SEKS NIK AZIZ
- LAWAK AHAD: CITA-CITA BUDAK GATAL
-
▼
Ogos
(115)
BalasPadam(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')