Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 12, 2012

LAWAK AHAD: JIN PUN TAKLEH CARI MAKAN



Tersebutlah kisah seorang tua miskin di sebuah negara bernama Malaysia yang menghabiskan sisa hidupnya dengan memancing di sebuah sungai, kononnya pada suatu hari dia telah menemui sebuah botol yang terapung dan tertutup rapi.

Disebabkan merasa pelik, maka orang tua itu pun membuka penutup botol tersebut untuk melihat isi di dalamnya. Tiba-tiba dari dalam botol keluar asap tebal yang berkepul-kepul dan perlahan-lahan membentuk sebuah lembaga Jin raksasa.

Tanpa berlengah lagi Jin itu pun bersuara "Terima kasih tuan, tuan telah membebaskan saya dari kurungan yang telah membelenggu saya selama 5000 tahun. Untuk itu tuan bolehlah meminta tiga permintaan, semuanya akan saya kabulkan dengan kuasa sakti milik saya" kata Jin.

Setelah perasaan terkejut orang tua itu kembali mereda, orang tua itu pun diam sejenak untuk memikirkan permintaannya. Tidak lama kemudian dia berkata, "Baiklah Jin saya ingin tahun ini tiga kejadian besar terjadi di negara saya, pertama saya ingin melihat semua stesen tv tidak mengampu kerajaan, kedua saya mahu semua wang hasil rasuah baik oleh pihak swasta ataupun kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat dan kesemua pelakunya dipenjarakan, ketiga saya ingin undang-undang benar-benar ditegakkan di negara saya tanpa mengira pangkat dan kedudukan."

Jin itu pun berfikir sejenak, kemudian menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju, perlahan-lahan jasadnya bertukar semula menjadi asap lalu berkumpul masuk ke dalam botol tersebut. Dari dalam botol itu si Jin berteriak,

"Tuan, minta tolong agar botolnya ditutup kembali...!!!!!"


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive