
Rafizi turun padang berkempen
Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka.
Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri.

Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung.
Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan “Turunkan Harga Kereta”.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi.
"Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.
Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik
Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika.

"Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN.
Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan.Malaysiakini
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK