DEY MACHA!!!
LEPAS SATU-SATU LA RAIS YATIM NI
BIKIN LAWAK 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!
ADA TEMA JANJI DITEPATI DAH JADI JANJI DICAPATI
ALA LOGO MERDEKA DAH JADI MACAM PAPANTANDA
ADA LAGU TEMA DAH DIKATA LAGU CIPLAK
KAH! KAH! KAH!
MAKIN DEKAT NAK SAMBUT MERDEKA
MAKIN MERABAN SAKAN
BAIK BALIK KAMPUNG JUAL LEMANG LA
KAH! KAH! KAH!
Kementerian siasat dakwaan ciplak lagu merdeka
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.
"Satu panel telah dibentuk untuk mengenalpasti sama ada dakwaan bahawa lagu merdeka 'Janji Ditepati' telah diciplak.
"Pembangkang tidak sepatutnya membuat tuduhan secara sewenang-wenangnya," katanya dalam laman Twitter pagi ini.
Paparan Twitter itu merupakan penafian keras Rais - yang juga ahli parlimen Jelebu - bahawa melodi lagu itu diciplak, menurut laporan New Straits Times hari ini.
"Kami menyangkal dakwaan penulis blog itu dan akan mencari jalan penyelesaian perundangan jika dia gagal untuk mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.-MK
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK












0 KOMEN