Rabu, Ogos 15, 2012
Kafir harbi celah mana?
Tak terhujah dek UMNO-BN perihal rasuah dan perasuah yang tak terjawab tu. Tak terbalas pantun yang dijual, tak terkejar angin bertiup. Maka terpaksalah mereka cipta fitnah dan tohmah terbaru, atau tidak-tidaknya memuntahkan kembali modal politik lama.
Kepada yang belum faham, ketahuilah bahawa DAP bukanlah parti ‘agama’, DAP juga tidak gemar menggunakan hujah agama, akan tetapi, sering sahaja DAP diheret ke kancah politik ‘agama’.
Sudah beberapa kali Utusan Malaysia kalah saman tapi nampaknya mereka makin tidak serik dan tidak cerdik. Modal terbaru mereka katanya “Haram sokong DAP”. DAP si kafir harbi, kata pecacai UMNO. Ini kerja buat yang bahaya dan ancaman terhadap keamanan Malaysia dan mampu menggugat demokrasi berparlimen. Rasanya, Utusan dan UMNO peduli apa kan?
Dulu kena ‘kafir, sekarang kafirkan orang
Dulu UMNO kata PAS kafirkan dia. UMNO juga menuduh PAS merasuah syurga kepada pengundi. Kemudian bila PAS bekerjasama dengan DAP, PAS pula dianggap berkawan dengan ‘syaitan’. Sekarang, UMNO melalui Utusan Malaysia keluar fatwa “Haram sokong DAP”.
Dulu UMNO ‘kena” kafir, sekarang kafirkan orang pula. Ini politik balas dendam. Mudahnya mereka memijak agama.
UMNO sering saja menuduh orang lain menggunakan agama untuk kepentingan politik sedangkan mereka sendiri yang memperkudakan agama demi kepentingan politik mereka. Bukti dah depan mata kan?
Masa demonstrasi BERSIH, UMNO sibuk-sibuk minta Majlis fatwa keluarkan fatwa berdemo. Tapi dalam isu “Haram sokong DAP”, cukuplah Utusan Malaysia menjadi ‘wakil’ majlis fatwa.
UMNO tidak akan peduli apa kalau mereka terdesak, sejarah takkan padam. Lihatlah gelagat dan gelojohnya UMNO melawan raja-raja Melayu. Mungkin mereka ingat orang Melayu sudah lupa kebiadapan mereka terhadap raja-raja. Mereka sudah lama menderhaka.
Ini satu hal juga. Bintang UMNO semakin malap. Justeru, tidak boleh tidak terpaksalah mereka menubuhkan tim Ulama Muda UMNO (ILMU). Mereka juga mahu ikut arus ‘Islam’ sepertimana yang lain. Inilah ‘Islam’ gaya UMNO yang lebih berbau opportunis daripada menegakkan keadilan dan menentang rasuah serta salah guna kuasa.
Mana Negara Islam UMNO?
Katanya “Haram sokong DAP” sebab DAP menentang negara Islam dan golongan ini disebut kafir harbi. Tapi kita pun harian, bila pula Malaysia menjadi sebuah ‘Negara Islam’?
Perlembagaan Persekutuan itulah yang kita guna sampai sekarang dan perjuangan DAP pula berpegang teguh kepada perlembagaan sedia ada. Ini fakta sebenar Malaysia.
Timbul pula persoalan lain. Kalau UMNO mahukan negara Islam, mana dia kerangka negara Islam yang UMNO mahukan? Mana dia ‘Dokumen Negara Islam UMNO?’ Kalau Malaysia ‘Negara Islam’, Perlembagaan Persekutuan itu sudah tidak ada lagi.
Atau mungkin sebab Tun Mahathir pernah isytihar Malaysia sebagai negara Islam? Dan selepas diisytiharkan, rasuah, penyelewengan terus bergelumang. Hak asasi dan kebebasan disekat. Inikah “negara Islam” yang dibangga-banggakan UMNO?
Memanglah mudah sebab lidah tak bertulang. Kalaulah begitu, suruh sahaja Najib isytihar Malaysia ni negara Melayu. Kan senang…
Usah dikira PAS. PAS sejak dahulu lagi jelas dan terang mahukan Negara Islam, mereka bersetuju untuk berbeza pendapat dengan perjuangan DAP dan mampu mencapai kata sepakat bersama PKR dalam memperjuangkan kemaslahatan umum. Malah ciri dan nilai negara Islam PAS telah termaktub dalam Negara Berkebajikan. Yang penting isinya, bukan nama indah tapi bergelumang dengan kezaliman dan kekejaman.
Pakatan Rakyat terbukti mampu bertoleransi demi membina sebuah Malaysia yang baru. UMNO bagaimana?
Soal cita-cita politik merupakan soal terakhir, pokok pangkalnya sekarang adalah bagaimana memainkan peranan dalam real politik semasa. Nampaknya UMNO semakin celaru dan tenggelam dalam mainan politik mereka.
Delusi Utusan Malaysia
Utusan Malaysia terus hidup dalam delusi dan cuba menarik seramai mungkin rakyat terutamnya orang Melayu untuk sama-sama berdelusi. Mereja menjaja isu perkauman, membakar sentimen agama. Isu kafir harbi yang ditimbulkan merupakan isu mengarut dan terpesong.
Suka saya memetik tulisan Dr. Maszee Malik ketika mengulas isu ini antara lain katanya;
“Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.”
Malaysia tak pernah jadi negara Islam
Hakikatnya, sejak kemerdekaan dicapai Malaysia merupakan sebuah kerangka negara demokrasi dan sekular serta meraikan kepelbagaian budaya dan agama dengan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Merdeka Malaya adalah mengikut acuan British.
Kalaulah UMNO bermodal kepada pengurusan dan pembangunan Islam untuk merujuk Malaysia sebagai Negara Islam, mereka salah. Di negara-negara majoriti umat bukan Islam, banyak sahaja masjid-masjid dibina dan diimarahkan, ada sistem perbankan Islam, ada takaful Islam, ada agensi yang memantau produk makanan halal, mereka juga menghantar wakil untuk bertanding ke Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.
Seperti di Amerika syarikat sendiri, termasuk Hong Kong, China dan sebagainya, mereka juga punya Pusat Islam malah negara jiran kita di Singapura juga mempunyai Majlis Ugama Islam Singapura. Begitu juga hal yang sama di Kemboja serta banyak lagi negara bukan Islam. Ini termasuklah badan-badan yang menguruskan hal ehwal umat Islam untuk menunaikan haji.
Soal untuk mengumumkan negara Islam perlulah betul dan bukan sekadar bukan cakap semberono. Selagi ada Perlembagaan Persekutuan, selagi itu kita adalah negara majoriti umat Islam dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Biarpun laporan Utusan tersebut bahaya, tetapi ada juga yang lucu, sudahlah Malaysia bukan negara Islam (yang UMNO sendiri tidak benarkan penubuhan negara Islam). Tiba-tiba muncul pula golongan kafir harbi menentang negara Islam tersebut. Kafir harbi celah mana datang?
Segala tuduhan dan dakwaan yang tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini tidak lain untuk mengalihkan perhatin rakyat kepada perkara pokok permasalahan utama di Malaysia.
Ingin saya memetik kata mutiara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
“Jika kita hapuskan rasuah, BN mati… Tapi jika kita tak hapuskan rasuah Malaysia akan mati…” – Roketkini.com
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Ogos
(115)
- 19 Pasangan Dicekup Ketika Nak Projek Di Malam Mer...
- 4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka
- VIDEO GENG IKAN BAKAR BELASAH PESERTA JANJI DEMOKRASI
- GAMBAR DARI DATARAN MERDEKA
- Pemandu Teksi Dirogol 'Angelina Jolie'.
- TERKINI!!! LAGU TEMA JANJI DICAPATI
- MANA AHMAD MASLAN,TAK NAK PI MOTONG GETAH KA?
- PARTI KOLAM MANDI - BIKINI WARS
- PEKERJA DIPAKSA HADIR PROGRAM JANJI DICAPATI
- JENAKA PA SYSTEM DI ZAMAN WIRELESS
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 28/08/2012
- BUKTI JANJI DICAPATI RAIS YATIM
- BANGANG!!! PA SYSTEM ROSAK PUN NAK SALAHKAN BERSIH
- Peniaga mati ditembak di depan kedai di Marang
- Kisah silam dirogol bomoh
- RISIKO GUNA TELEFON BERJALAN KAKI
- Rasa Nak Berbogel
- Pembantu Rumah Vietnam mengislamkan 22 orang ahli ...
- HARGA SEKEPING ROTI CANAI LEBIH MAHAL DARI HARGA S...
- Tawar Khidmat Urut Kepada Bawah Umur
- UMNGOK SESAK NAFAS
- Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak s...
- LAWAK AHAD: TENGKORAK BETOI
- GEMPAR!!! Peniaga Mengamuk 18 Jalan Ditutup 3 Hari...
- Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter
- Kes tembak di New York, 9 cedera
- Kisah Benar- Berlaku Di Gombak, Mayat Tidak Diteri...
- 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita
- PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU
- Ibu Potong Kemaluan Bayinya Kerana Inginkan Anak P...
- Reka isu bukti Umno takut dengan perpaduan Pakatan...
- Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'
- Siaran Tertunda: Kedah vs ATM
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 22/8/2012
- DRAMA SEBAK SEORANG IBU DI TV3SUKU
- Tips Mendapatkan Bayi Kembar
- Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan
- Karpal masih menari ikut rentak yang UMNOBN mahukan?
- Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
- PETUA PANJANGKAN "BARANG" DAN TAHAN LAMA
- Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilar...
- Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali sa...
- Pasai apa Mahathir gundah gulana?
- Antara tapis internet dan tapis pilihanraya
- Umno Mencari Pelampung Agama
- Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen
- LAWAK AHAD (SPESIAL HARI RAYA): TELOQ SAYA MASIH ADA
- SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
- Sambut Aidilfitri cara Islam bukan ikut jahiliah
- HUKUM MENJILAT UMNO
- UMNO YANG PATUT TINGGALKAN PERJUANGAN ASSOBIYAH
- Live dari Lebuhraya Plus
- Waktu Subur Wanita - Fahami Kitaran Haid Wanita
- Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
- SENARAI LOKASI PERANGKAP HADLAJU
- 7 Makhluk Halus Terpopular Di Indonesia
- JANGAN CUAI KETIKA DIROGOL
- AKTA DAN AUTA
- Apa Sebenarnya yang Berlaku terhadap Masyarakat Ro...
- GAMBAR KAKI BAKAR DIKEHENDAKI PIHAK POLIS
- Gadis Dirogol dan Dibunuh dengan Kejam di Ambang A...
- Kafir harbi celah mana?
- Jual Beli Fatwa Lebih Untung Daripada Jual Beli Unta
- JANJI DITEPATI: SENARAI LOKASI PERANGKAP HADLAJU
- Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
- Koleksi kepala bapak rakan dan taulan
- WANTED!!! Polis Terengganu
- Murid dicabul guru lebih setahun lalu
- MAHASISWA ANTI PTPTN DI TAHAN KETIKA BERBUAT MAKSI...
- Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah
- Usah 'jadi lembu' pengakhiran Ramadan ini
- Panas! KAPAL UMNO/BN DISABAH DAH MULA KARAM ???
- LIVE: Chelsea vs Manchester City
- GADIS KEMBAR SIAM BERKONGSI BADAN
- LAWAK AHAD: JIN PUN TAKLEH CARI MAKAN
- Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS
- CCTV rakam hantu budak
- Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap
- Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dal...
- Hukum Wanita Sembahyang Tidak Pakai Baju Dalam
- PENCIPTA MELODI LAGU JANJI DITAKUTI TERMAKAN SEMUT?
- Rahmat Lailatulqadar Anugerah Kualiti Puasa
- CELCOM MAKAN DUIT HARAM?
- KISAH HANTU DI PUTARJAYA
- BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja
- Lekehnya pecacai UMNO, fitnah buta tuli, bukti mac...
- GADIS DIROGOL 5 ORANG "PENCEGAH MAKSIAT"
- ANWAR DI GOOGLE HANGOUT 17 OGOS INI
- Misteri Kepala Terbang Di Kedah
- BIAQPILA 4 TAHUN
- Anak Lembu Mirip Manusia
- Lelaki Mati Berzina Di Bulan Ramadhan
- SAIFUDDIN ‘TOLAK’ TAWARAN PALSU MASUK PKR
- Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia
- Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih
- Selamat menyambut Nuzul Al-Quran
- Polis Paksa Pasangan Kekasih Berjalan Bogel Ke Balai
- Video: Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk ...
- FITNAH SKANDAL SEKS NIK AZIZ
- LAWAK AHAD: CITA-CITA BUDAK GATAL
-
▼
Ogos
(115)