(Oleh: Sidiqin Omar)
ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu berkata, beliau turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
KD
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Adakah ini caranya perkasa mengehadapai sesuatu ,Adakah cara ini diredhoi oleh islam. Adakah mereka
BalasPadammemperjuangkan Islam melalui cara ini.Apakah sumbangan mereka terhadap Islam dan orang melayu.Amat amat dipersolakan
Apakah sumbangan PKR dan PAS kepada Islam? kecuali memusnahkan pelaksanaan hukum Islam di Selangor?
PadamPAS tidak harapkan UMNO tetapi lebih percayakan DAP untuk laksanakan hukum Islam..PAS..bakhal..
UMNO percayakan cina MCA.sama bakhal
PadamBiar betul cite tu..kekkadang terdapat di banyak tempat, puak PKR dan PAS yang menjadi gundek syaitan DAP laknatullah lagi kuat berdusta dan bapak segala pembohong demi mencari sesuap nasi. Tauke fitnah dan penabur kebencian sesama Islam.
BalasPadamhabis tu MCA & MIC tak laknatullah?
Padambg bukti la bro
Padam
BalasPadamInfonya cukup bermanfaat banget gan
BalasPadamMakasih ya atas info-infonya
MEMBONGKAR ISU KASUT TERBANG MASUK MASJID : Mana Bukti Kukuh KASUT TERBANG Masuk ke Masjid hari tu ??
BalasPadamhttp://aloqstaqblog.blogspot.com/2012/09/membongkar-isu-kasut-terbang-masuk.html
Ada sesiapa erani jawab?
ABP