Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 02, 2013

Adakah Pang bunuh diri kerana Rapid Pengerang?

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Pengerang percaya lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang jika pihak berkenaan masih lagi berkeras berhubung projek Rapid di situ.

Sehubungan itu, Bendaharinya Chua Peng Sin dalam satu kenyataan semalam menyeru pihak kerajaan agar mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku khususnya tiga sekeluarga yang mati dengan membakar serpihan arang di blik mereka semalam.

Berikut ialah kenyataan penuh Chua Peng Sin.

Pagi ini saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di blik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa Keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50–an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, Keluarga Pang telah menerima surat pengambil tanah.

Rumah kediaman Keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain, sehubungan itu Keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang.

HD


3 ulasan:

  1. Apa terjadi dengan team F1 PETRONAS Pemandu dari jepun bermasalah?

    BalasPadam
  2. aksi panas awal tahun 2013? Lihat Disini adakah anda terpegun melihat video tu?

    BalasPadam
  3. Pengajaran dari sekeluarga yang membunuh diri itu ialah ; Jangan serahkan nasib hidup anda kepada kerajaan BN! Pemimpin yang korup akan hanya pentingkan kroni dan untung saje.Yang miskin tak akan ditolong kerana tak bawa untung dan menyusahkan! Ubah kerajaan cara yang terbaik membantu yang miskin dan tertindas! ABU jangan lupa!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive