KUALA LUMPUR 12 Jan: 15,000 rakyat memenuhi pekarangan Masjid Negara, setakat jam 12.30 tengahari tadi, untuk menuju ke Stadium Merdeka.
Sebahagian mereka mulai malam tadi, berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman Kebangkitan Rakyat.
Pagi tadi, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.
Ada juga peserta yang baru tiba melimpahi jalan menuju ke masjid untuk berkumpul bersama-sama pemimpin Pakatan.
Antara pemimpin adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, manakala Dr Abdul Rani Osman dan Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS.
Azmin sekarang sedang menyampaikan ucapan.
Selain bewarna warni mengikut tema himpunan, peserta yang berhimpun melaungkan ‘takbir’ penuh bersemangat.
Ada di antara kumpulan itu mula menuju ke stadium.
Mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka adalah anggota Angkatan Muda KEADILAN, Pasukan Unit Amal dan Pemuda DAP.
Dijangka, jumlah peserta akan bertambah di Masjid Negara untuk ke stadium.
KD
DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG