Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 15, 2013

Najib politikkan isu air untuk raih undi rakyat Selangor

SHAH ALAM 15 Jan: Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat menghadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri (PM) sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

“Sebaliknya, beliau mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

“Jelas, beliau merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi,” kata Khalid dalam kenyataan.
Katanya, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah umpama ‘meludah ke langit’ kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama 30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.

Beliau berkata, jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus 2012, dan 20 peratus pada 2015.

“Kenyataan terbuka Najib ini sudah cukup untuk membuktikan mengapa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang diluluskan kerajaan BN sendiri.

“Ternyata, hasrat mereka bukan untuk menyelesaikan masalah dengan serta merta, tetapi untuk mempolitikkan isu ini dan menggunakannya sebagai bahan tawaran untuk meraih undi,” kata Khalid.

“BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air. Syabas berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenar menguruskan air di Lembah Klang,” sambung beliau.

Khalid berkata, Najib juga sengaja tidak mahu menyerahkan perkhidmatan air kepada Kerajaan Selangor kerana beliau bimbang Selangor dapat melakukannya dengan lebih cekap dengan kos yang lebih efektif sekaligus membuktikan kegagalan BN.

“Kita meragui catuan air yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menyemaikan perasaan tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

“Kerajaan negeri menghantar enam pucuk surat kepada menteri sejak Julai 2012 bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air mengikut WSIA, namun nampaknya menteri lebih suka berpolitik dari menyelesaikan perkara ini secara waras,” jelas Khalid.

Beliau menambah, sikap tidak acuh dan sambil lewa PM terhadap cadangan pengambilalihan air oleh Kerajaan Selangor membuktikan beliau dan BN sanggup menggadaikan kebajikan rakyat demi kepentingan politik.

Berikutan itu, tegas Menteri Besar, Kerajaan Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan hentikan amalan mengugut rakyat negeri dengan meletakkan keperluan asas kehidupan seperti air sebagai sandaran.

“Berpolitiklah secara matang, bukannya menzalimi rakyat ala samseng,” kata Khalid.

KD

3 ulasan:

  1. Satu lagi projek kayakan kroni? kayakan anda? kayakan yang sedia kaya? Lihat sini

    BalasPadam
  2. Betul ke Kerajaan Negeri S'gor nak ambil alih Syabas ni? Mampu ke diaorang? Layak ke? Sedangkan elaun ibu tunggal, air percuma, pendidikan percuma pun belum mampu nak laksana, inikan pula nak urus sektor air yang babitkan kos dan kepakaran yang tinggi. Mau hancur dibuat nye nanti.

    BalasPadam
  3. Di mana kesanggupan MB nak tolong rakyat S'gor dapatkan air ni? Setakat tujuh buah lori nak hantar pada rakyat terjejas air, memang le tak cukup. Cer tiru macam SYABAS tu, sekarang ni 2,800 lori tangki air dah deme hantar. Baru bert'jawab namanya!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive