Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 09, 2013

UMNO DOK KALUT PASAI PA?


Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Oleh Aspan Alias

Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.



Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil ‘accountability’ dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan transparent tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Apa yang berlaku di dalam DAP bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

UMNO wajar memberitahu bagaimana sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit dan bagaimana Kementerian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu besar.

Beritahu rakyat kenapa semua pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?

Kenapa mereka tidak bergaduh kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana wang ringgit dan harta rakyat?

UMNO tidak payah menyibuk dengan kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.

Kepada pemimpin UMNO terutamanya mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam UMNO itu.

Mereka (UMNO) itu akan mula berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon diumumkan nanti. Selesaikan masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada Perbendaharaan Negara.

Cari jalan bagaimana hendak memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak serius untuk memperbaiki diri sendiri.

Jika itu sikap mereka tunggu sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan dalam PRU ini.

Saya pun hendak juga tahu bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan mengira.

Itulah sebabnya saya pun sudah tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak. Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.

Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama sekali dalam cara mengira dengan betul.

Tetapi itu tidak perlu dibahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com


DD


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive