Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 22, 2013

[VIDEO] Penduduk Selangor Berdemo Desak SYABAS Berundur



Meskipun bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.

Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.

Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.

Mereka melaungkan slogan ‘Syabas Tipu’, selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.

Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah.

Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air.

Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air.

“Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah,” beliau berkata ketika ditemui.

Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Disember lalu, selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik.

Bekalan air dapat disambungkan semula pada minggu lalu setelah jawatankuasa itu campur tangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal.

“Dalam hal ini kami sudah bertungkus-lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat.

“Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku, ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Selangor,” ujar beliau lagi.



GB

1 ulasan:

  1. lepas video psl syabas tu keluar..tv3 terus senyap...hahaha...

    BANkami BANkami

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive