Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 21, 2013

CETUS RUSUHAN? KAH! KAH! KAH!

#black505 Nafi Tuduhan Ketua Polis Kuala Lumpur

Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Antara lain, kenyataan tersebut menuduh kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Sebagai jurucakap rasmi kesemua perhimpunan #black505 yang telah dilaksanakan setakat ini, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505. Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis.

Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan. Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

Oleh kerana kenyataan Dato’ Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
21 JUN 2013 

7 ulasan:

  1. penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.

    'mendapat isyarat tidak rasmi..'

    ..saya percaya..'

    nipu budak ni..ceh

    BalasPadam
  2. jangan labu jangan mati katak nanti

    BalasPadam
  3. Yang fitnah dan tidak benar tu kaulah sendiri wahai rafizi. lu sepatutnya saman diri lu sendiri. cuba lu ingat bagaimana kecohnya perhimpunan2 bersih(sebenarnya kotor) dulu tu? kau ni x buta mata tapi buta hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama22/6/13 7:08 PG

      Hg plk buta perut.. Xda perjuangan langsung menuntut keadilan demi kebenaran.. dok kena kencinnn jer.. bodo piang sungguh..

      Padam
  4. Rafizi mungkin tak berapa pandai n tak tahu Malaysia memilih kerajaan BERDASAR jumlah kerusi yg menang bukan ikut majoriti undi.
    Dia terus nak menipu rakyat ke? Menipu tu tak berdosa ke?
    Terserahlah, hanya Allah yg telah tentukan apa bakal terjadi esok... tipulah rakyat.. tuhan tahu nawaitu anda..

    http://wubra.blogspot.com/2013/06/anwar-frust-chegubard-rafizi-what-happen.html

    BalasPadam
  5. aku cuma dpt doakan tiada apa² yang buruk berlaku...amin...
    Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

    BalasPadam
  6. Agak-agak aku laa, Salleh ni nak jadi hero UMNO kot!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive