Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 10, 2013

HUJAH KONKRIT UNTUK PECAT WAN AHMAD DARI SPR


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.

Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.

Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.

Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.

Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.

Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".

Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri, manakala SPR dianggap umpama komponen BN.

Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.

Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.

"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.


Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003

Kerusi Parlimen Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013
P8 Pokok Sena 320 64,192 80,916
P9 Alor Setar 109 56,007 80,916
P10 Kuala Kedah 232 73,942 95,534
P16 Baling 1,544 73,942 93,376
P17 Padang Serai 352 51,778 74,245

Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).

Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.

Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula 2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.

Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.

Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."

Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.

Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!

Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu.

Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem pilihan raya yang tempang dan songsang ini? Black 5050 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada?

DD

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive