Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 17, 2013

RISIKO KERJA MENGGALI MENCARI MANGSA RUNTUHAN STRUKTUR BANGUNAN UMNO

Misi pencarian mangsa taufan dihentikan





Petugas penyelamat telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat ke atas seorang individu yang tertimbus bersama-sama keretanya selepas dihempap runtuhan penebat kilat di bangunan Umno negeri Pulau Pinang, Jalan Macalister pada Khamis lalu.



Ahli keluarga mangsa diberikan penerangan punca operasi tersebut dihentikan ekoran kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasukan pencari.

Mereka juga diberitahu struktur bangunan berdekatan juga mungkin berisiko sekiranya kerja menggali diteruskan, lapor The Star.

Pada jam 7.30 pagi hari ini, bahagian belakang kereta dan tayar ditemui daripada tapak kejadian, selepas 40 jam sejak operasi mencari dimulakan.

Kereta tersebut dikenalpasti sebagai milik Lim Chin Aik, 44, yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Pada Ahad lalu, pasukan pencari menemui tiga tayar, termasuk tayar simpanan, semasa menggali bagi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di situ.

Pengarah Bomba Pulau Pinang Azmi Tamat semalam berkata penyelamat masih belum mengenalpasti kedudukan sebenar kereta Lim.

Azmi berkata, operasi mencari dan menyelamat pada petang Ahad untuk mencari kereta telah terjejas kerana hujan lebat turun sejak 10.30 malam, menyebabkan kawasan dimana kereta itu dipercayai tertimbus diselaputi dengan lumpur.



"Kita tidak tahu lokasi sebenar kereta semasa kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Jika tiang runtuh di bahagian kanan kereta, ia mungkin hancurkan kereta sehingga menjadi cebisan dan kita tidak tahu keadaan kereta atau pemandu tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta itu ditemui di bawah runtuhan di tempat kejadian adalah sama dengan kereta penjaja makanan, Lim.

Beliau berkata penemuan itu boleh membongkar kes seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang sejak kejadian itu, yang berlaku pada hari Khamis.

Mangsa yang memandu kelabu Honda City dalam perjalanan untuk mengambil anak bongsunya dari Penang Chinese Girls High School di Jalan Gottlieb kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis. - 17 Jun, 2013.

TMI

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive