Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 07, 2009

012,013,016,017,019 TUKAR TAPI KEKAL ADA MASALAH CAJ?




APA DAH JADI DENGAN MOBILE NUMBER PORTABILITY(MNP), TUKAR PENGENDALI RANGKAIAN TAPI KEKAL DENGAN NOMBOR TELEFON SEDIA ADA? TOLONG PERIKSA KADAR YANG DICAJ KEPADA ANDA.ADAKAH IANYA MENGIKUT KADAR YANG DITETAPKAN SEMASA ANDA MELANGGAN?



Maxis, Digi, Celcom menganiaya rakyat Malaysia

Ini sekadar maklumat komuniti yang cheq terima melalui "groups email".

Cheq yakin semua di antara kita menggunakan telefon bimbit (handphone, mobilephone, cellphone) apa saja yang sesuai di sebut. Cheq hanya ingin berkongsi maklumat bersama sahabat semua berkenaan harga atau kadar panggilan yang kita selalu terlepas pandang, akibatnya kita yang rugi, dan syarikat telekomunikasi mengaut untung gila... gila... baca komen sahabat cheq bernama Iskandar Jebat yang merasa tertipu.

Baru2 ni saya call kawan saya. Saya guna 016, dia pun guna 016. Tak lama borak, dalam 2-3 minit je tapi tiba2 saya dapati credit saya susut dengan banyaknye. saya pelik. Bila cerita kat kawan saya, dia bagitau no dia yang 016 tu sebenarnya dah ditukar jadi maxis. Saya rasa teraniaya kerana saya sangka 016 dia tu masih digi.

Jadi dengan menggunakan no 012 saya, saya sms kawan saya tadi ke nombor 016 yang didakwa telah ditukar kepada maxis. Alamak, charge untuk sms tu sama dengan saya hantar sms dari maxis ke digi, bukan maxis ke maxis..apa dah jadi ni..?Sekarang kita tak dapat pastikan lagi adakah 012/017 itu Maxis atau bukan, adakah 016 itu digi atau celcom atau maxis, begitu juga 013/019.

Isunya sekarang ialah charge berlebihan yang mereka kenakan takkan dapat kita trace lagi. Saya pernah buat aduan kepada maxis tentang beberapa masalah berkaitan charge dan maxis membuat refund kepada saya sebanyak RM58.00. Itu kepada saya yang sedar charge berlebihan ini. Kalau ada 100 orang? keuntungan buta maxis adalah RM5800 sedangkan maxis ada lebih 11juta pengguna. Camne ek?

Udanglipan: Pakat check la lepas ni, betoi ka tidak charge yang dikenakan pada setiap langganan hampa semua.

SUMBER ASAL:
http://udanglipan.blogspot.com/2009/03/maxis-digi-celcom-menganiaya-rakyat.html
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive