Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 07, 2009

SPRM dicabar,mana hilang kes Ketua dan Menteri Besar?

Nyza Ayob
Sat | Mar 07, 09 | 7:35:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - "Saya cabar SPRM. Di mana dia isu 18 kes rasuah serta laporan BPR terhadap Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar yang perlu diberi 'priority' apabila BPR ditingkatkan menjadi SPRM?"

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebagai respons kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan yang menyifatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang seolah-olah beliau tidak boleh mendengar kes-kes yang melibatkan pembangkang.

Pada 25 Februari lalu, SPRM merekodkan keterangan Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Ahmad Said menyatakan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, pihaknya percaya Speaker DUN Perak itu perlu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Selain itu, katanya, SPRM berhak menyiasat mana-mana penjawat awam yang disyaki melakukan salah guna kuasa melalui jawatan yang disandangnya.

Sementara itu, Salahuddin berpandangan kenyataan Ahmad Said itu menunjukkan beliau melakukan sesuatu di luar amalan biasa daripada tugas rasmi beliau.

"Seharusnya beliau meletakkan diri dalam kedudukan yang tinggi. Harapan rakyat cukup tinggi apabila BPR ditingkatkan menjadi SPRM. Pada saya, samada speaker ini kebal atau tidak kebal, apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat termasuklah perhimpunan di bawah pokok bukan satu bidang kuasa yang menjadi prioriti kepada SPRM untuk memberi komen awal.

"Isu ini merupakan satu krisis perlembagaan yang perlu diselesaikan oleh mahkamah. Itu bukan kerja SPRM. Banyak kerja lain yang belum diselesaikan,"katanya, sewaktu di temui di lobi parlimen. _

HARAKAHDAILY
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive