Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 08, 2009

Prk Bukit Selambau,Bukit Gantang,Batang Ai - 38 peratus pendapat betul



Undian di blog ini menunjukkan 38% pendapat adalah betul iaitu PR menang 2 bukit manakala BN menang 1 batang.Jika dihitung secara aggregat PR 4 - BN 1 di mana PR telah memenangi 2 perlawanan terdahulu di Permatang Pauh dan K.Terengganu.

Berdasarkan keputusan prk semalam, BN kini amat tenat di Semenanjung terutamanya di kawasan bandar.BN kini hanya mampu menipu rakyat di pedalaman di mana sumber maklumat mereka hanyalah rtm dam tv3.Bagi kawasan yang mempunyai akses kepada internet rakyat dilihat tidak mudah terpedaya dengan media pembodek umno bn yang setiap hari menunjukkan kebaikan umno bn dan memburuk-burukkan pembangkang.

Nampaknya mee segera yang dihidangkan tak cukup enak ataupun kuda tua berkurap yang dibawa untuk dipamerkan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kurang menyelerakan penduduk di sana untuk mereka tunggang.

Tahniah buat DS Nizar dan Saudara S.Manikumar yang menjadi Raja Bukit.Kepada bn tahniah juga dapat menggenggam Batang Ai dengan erat.Semoga projek mee segera yang belum siap dapat diteruskan hingga siap.Jangan berhenti di separuh jalan.


Biaqpila...apa ada hal.

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/4/09 10:37 PG

    tahniah pakatan rakyat..
    meh tengok update terkini blog politik kat mesia

    http://listblogpolitik.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/4/09 11:15 PG

    salam,,,,
    Tahniah untuk pas & keadilan...

    alhamdulillah kemenangan milik kita semua...

    Hapuskan kezaliman Umno....

    BalasPadam
  3. Harap PR jangan ambil mudah kememenangan BN di Batang Ai. Kalau masih berhasrat untuk membentuk kerajaan, sekurang-kurangnya separuh dari 56 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak perlu ditawan PR!

    Apa pun, tahniah kepada semua ahli PAS, PKR, DAP dan semua bloggers pro-rakyat yang berusaha memberi penerangan tepat kepada rakyat yang sudah mual dengan media arus perdana! Well done!

    Cuma dalam keghairahan untuk menawan hati pengundi di Semenanjung Malaysia, sekali lagi diperingatkan: jangan kita pandang mudah pengundi Sabah dan Sarawak!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive