Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 02, 2009

Apa yang Michael Jackson lakukan pada hari terakhirnya



Bintang handalan Michael Jackson mempamerkan aksi tarian menarik pad sidang akhbar di The O2 Arena, London, pada 5 Mac, 2009. -foto AFP

MICHAEL Jackson menghabiskan malam terakhirnya dengan melakukan apa yang biasa dilakukannya: membuat persembahan.

Raja Pop dikhabarkan terlibat dalam raptai di Staples Center di Los Angeles. Dia berlatih menyanyi koleksi penuh lagunya untuk 50 konsert di London dengan ditemain kawan-kawan dan rakan sejawat.

Jackon kagum dengan adegan khas yang disediakan semasa raptai tersebut.

"Wajahnya kelihatan berseri, dan anda dapat melihat kepuasan pada raut wajahnya. Dia akhirnya dapat menyaksikan kesemua perancangan yang selama ini termeterai," kata Dorian Holley, pengarah vokal untuk konsert Jackson.

"Sehingga Rabu lalu, persiapan hanyalah dalam bentuk konsep. Bagaimanapun, pada hari terakhir, Jackson akhirnya dapat melihat segmen-segmen pertunjukan itu dipentaskan sekali. Ia adalah momen yang sangat penting," katanya.

Holley telah memberi bimbingan khusus kepada Jackson dalam melakukan persembahan solo sejak 1987.

Holley berkata, dia meninggalkan raptai sebelum tengah malam pada sebelah malam 24 Jun, sementara Jackson menghadiri lebih banyak perjumpaan.

12 jam kemudian, terdapat panggilan untuk 911 dari rumah Jackson di Holmby Hills menyatakan Jackson "tidak bernafas....dan dia tidak memberikan maklumbalas kepada rawatan bantuan pemulihan pernafasan (CPR), dan lain-lain."

Menurut Holley, ikon pop itu kelihatan berbeza semasa raptai-raptai tersebut - tidak sakit, tetapi lebih banyak berdiam dan bertafakur.

Berbanding dengan persembahan-persembahan terdahulunya, Holley berkata, Jackson lebih memfokus kepada persembahan "This Is It" pada Julai ini.

Katanya, Jackson menghadiri siri raptai dan berbual dengan setiap krew yang terlibat.

"Sehingga saat-saat akhir raptai tersebut, Jackson mengekalkan rentak pantas dan yang mementingkan kesempurnaan. Saya masih mengagumi kekuatan vokal dan fizikalnya," kata Holley kepada satu sumber.


mstar


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive