Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 02, 2009

Perkampungan MP PAS di Manek Urai

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Dalam tempoh sebulan dua ini, Manek Urai yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Bharu menjadi tumpuan ramai. Sejarah Manek Urai yang dikenali ramai pada pilihan raya umum 1978, apabila PAS hanya tinggal dua kerusi di Kelantan dulu, dikatakan bakal mengulang sejarahnya 14 Julai nanti dengan mengekalkan kerusi tersebut kepada PAS.

Bukan sahaja jentera PAS Kelantan dan negeri-negeri membantu sahaja yang turun membantu sepanjang tempoh berkempen, malah Ahli Parlimen PAS juga tidak melepaskan peluang dalam mengambil ruang dalam siri kempen membantu PAS dalam pilihanraya tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu, ahli-ahli Parlimen PAS akan 'berkampung' selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai itu dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli sebaik selesai proses penamaan calon dengan gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan itu.

Antara barisan Ahli Parlimen PAS

Pengarah program, Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu memfokuskan antaranya, tumpuan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

Malahan, ahli-ahli Parlimen PAS turut dimaklumkan bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai selepas program 'berkampung' itu selesai.

Tambah Mahfuz, program hari keluarga yang akan dibuat juga bertujuan mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai.

"Program yang julung kalinya dibuat itu diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini," ujarnya di lobi Parlimen, hari ini.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihanraya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.



Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive