Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 01, 2009

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS



Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:


Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato? Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


harakahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/7/09 12:51 PG

    Yang hangpa pi cari penyakit dok jemput wacana buat apa? Kan dah kena jerat. Tak yah sebut wacana, habag aja debat macam TGNA sebut. Ni, bila keluar join PC dan dok sebelah2, apa persepsi public? Memang Negatif pada pihak yang anti UG. Tok sah la dok dekat2 depa. Keriau dari jauh cukup!

    Meluat dengan Pro UG

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive