Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 01, 2009

PAS konfiden menang di Manek Urai




KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yakin PAS akan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut beliau, calon PAS Haji Fauzi Abdullah merupakan Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai telah dipilih PAS untuk mencabar calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat.

Beliau menjelaskan, pemilihan Fauzi berdasarkan kajian awal yang dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan dan PAS Kawasan Kuala Krai.

"Kajian yang dibuat untuk mengambil beberapa segmen pengundi di Manek Urai, menunjukkan beliau adalah calon yang layak untuk mengekalkan kemenangan PAS," katanya.

Beliau yakin peribadi Fauzi yang mudah didampingi oleh masyarakat ditambah dengan sikap dermawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat di Manek Urai dengan iklim geografi dan demografi.

"Insya-Allah dengan kemenangan ini akan memberi satu jawapan kepada Umno bahawa ia sudah tidak relevan dengan politik di Kelantan dan di Malaysia," tegasnya.


harakahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive