Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 04, 2009

DARI MANEK URAI KE PENDANG: BUKAN MANIK TAPI EMAS



PAKCIK KAYO!!!! HUJUNG MINGGU NI KENA BALIK KAMPUNG LA.DAPAT TUJUH LAPAN KILO KIRA BOLEH TAMPUNG HIDUP 7 KETURUNAN.DALAM PADA DEPA NAK PINDAH TEMPAT BELA BABI KE PENDANG,TIMBUI PULAK EMAS KAT PENDANG.BERTUAHNYA PENDUDUK SEKITAR PENDANG....

Emas ditemui di Pendang

Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di Pendang, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.

"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib.

"Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.

Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.

"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.

Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu.

"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive