Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 04, 2009

PAS Jamin Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Bukan Islam



Oleh: Wan Kay

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terdapat sedikit salah faham teknikal yang berlaku sehingga DAP Kedah mahu keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri itu.

Beliau berkata PAS memberi jaminan bertindak adil dan menjaga hak orang bukan Islam sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Katanya masyarakat bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan.

“Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling.


“Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kedah telah memberi tempoh kepada pihak berkenaan (rumah sembelihan babi) dan di situ di atas tanah kerajaan dan (telah) cari satu kawasan yang sesuai untuk pindah.

“Mungkin berlaku sedikit salah faham teknikal dan kita (PAS) harap dapat diselesaikan peringkat negeri Kedah dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Berkenaan tindakan Ahli Undangan Negeri Kedah ADUN Kota Darul Aman Lee Guan Aik yang mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali, Abdul Hadi menyifatkan konflik tersebut masalah ‘dalaman’ negeri berkenaan.

“Saya rasa itu masalah ‘dalaman’ negeri Kedah dan saya serah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri Kedah supaya dapat diselesaikan di peringkat negeri Kedah,” ujarnya.

buletinonline


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive