Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 08, 2009

MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai


Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/7/09 9:23 PG

    ORANG2 SPRM PUN RAJA RASUAH, TAKUT PM, BUAT APA PANGGIL DIA DI MU....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/7/09 9:34 PG

    95.5% SPRM pro BN. Harap apa lagi? 88.85% Mahkamah pro BN. Apa harapan lagi? 99.99% Polis Pro BN. Ada harapan lagi? Mana SPRM cari PM pasal beli Kapal Selam? Mana mahkamah cari VK Lingham dan Altantuya? Mana polis cari adik sharlinie. SEMUA PENGAMPU, PENCACAI NAJIS BN.

    BalasPadam
  3. kewujudan marfel adalah bagus bagi memantau perjalanan pilihanraya. KOOL..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive