Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 16, 2009

MANEK URAI : "Aku Akan Belikan Gelang Emas"





Ini adalah Email yang dihantar kepada aku oleh seorang sahabat daripada sempadan Kelantan-Trengganu, minta dimasukkan dalam blog aku, aku hanya sekadar menyampaikan hajat orang. Tanpa edit.Gambar atas pengundi sedang berbaris mengambil duit di Kg Laloh yang turut dikirim kepadaku.


Segunung ucapan tahniah buat orang-orang M.U.


N 41 ManikURAI dapat mengekalkan kemenangan, mengejutkan saya dari fikiran yang meracau tentang macam-macam yang di sediakan oleh BN dan mungkin kita kecundang, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. majoriti dah tak penting bagi saya, yang penting kita masih menang.


Seorang pemborong ikan, Abe Uji di lebelkan oleh UMNO dalam kempennya sebagai 'Tok Peraih Ikan' telah menewaskan seorang calon berjawatan besar,Tuan Aziz (Pengurus, Pemantau dan Penyelaras program KESEDAR). Sedikit fakta menarik tentang Tuan Aziz ialah beliau merupakan anak didik Dato' Wan Zahid (satu masa dulu digantung oleh UMNO juga bekas calon BN sebanyak tiga kali ditolak oleh rakyat K'krai).
Dato Wan Zahid dan Romzi masih diselimuti cerita lama dan dendam yang belum reda, kehadiran Dato' Pa dalam gelangang memberi ruang seluas-luasnya kepada Dato' Wan Zahid membasuh ayam sabungnya didalam gelangang.Apa kata orang Romzi di MU. Ada temu bual dan tinjauan yang saya sempat buat digelangan tersebut,yang berbunyi sedikit sumbang "kita nak sembelih ayam Dato' Wan Zahid".

Duit Tunai puluhan juta, Wau......, Bertuah orang M.U. belum pernah saya lihat duit ditabur begitu banyak dan secara terang-terangan, Berbaris panjang disebuah rumah di Kg. Laloh( saya ada rakam gambar)dan kenyataan oleh beberapa penyokong BN menyebut duit di M.U lebih dari mana-mana tempat pilihan raya kecil di seluruh malaysia sebelum ini.Kalaulah pilihan raya kecil tersebut,berlaku ditempat lain dan bukan M.U, saya cukup yakin sudah tentu kita kecundang dengan mejoriti beribu-ribu.
Jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.......apa itu....


Orang M.U menulis kain rentang "kami kenal umno". TPM melatah dan tak berapa tahu perangai orang Kelantan. Sedikit sahaja yang orang-orang M.U yang ambik fikir tentang janji-janji seumpama itu. Orang M.U yang beranggapan janji tersebut seperti seorang suami berkata kepada isterinya "kalau kamu tak minta cerai dengan aku, aku akan belikan gelang emas". Laki jenis apa orang macam ni, langsung tak pandai ambik hati isteri. TPM sepatutnya jangan berjanji apa-apa kalau ada lagi pilihan raya kecil di Kelantan selepas ini, dan kalau boleh dengar nasihat dari kita, bukan dari orang-orang UMNO Kelantan yang sentiasa dahaga duit dari pemimpin-pemimpin mereka, dan kita percaya masih ada pilihan raya kecil dalam masa terdekat ini di Kelantan . Nasihat kita buat TPM , jangan letak calon, membazir duit.



Kota agropolitan,

Tahniah TPM dengan cadangan tersebut.. baru sekali dato' Pa menoreh getah dah pun nak jadikan M.U sebagai Kota Agropolitan.
Kita juga amat kesal dengan keceluparan sesetengah pemimpin kita yang menaja perpaduan menyebabkan isu ini banyak membuka ruang kepada Umno memutar belitkan isu, antaranya, umno dan pas tak lama lagi akan ada satu bendera. Pemimpin-pemimpin ini patut dipersalahkan kerana terbabit sebagai penyumbang menurunnya mejoriti kita di MU.


Kehadiran penyokong-penyokong dari Pas, PR dan kelab-2 penyokong dari pelusuk tanah air, sungguh luar biasa, dan bagi pihak Abe Uji serta rakyat M.U saya ucapkan" Jazzakallahukhairan Jazza"...diatas susah payah perjuangan yang anda semua lakukan, hanya Allah jua dapat membalasnya...
......TAHNIAH ABE UJI..TAHNIAH TO'GURU.. .DAN TAHNIAH PAS KESELURUHANYA KERANA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI KG. POKSU WEI....


misaimerah


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. PAS MERANCANG, UMNO JUGA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive