Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 01, 2009

Manek Urai tidak perlu ADUN terpelajar



Penduduk di kawasan Manek Urai yang akan memilih ADUN baru pada pilihanraya kecil dua minggu lagi tidak memerlukan "wakil rakyat yang berpendidikan tinggi", kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan.

Abdul Fattah Harun dilaporkan berkata, tidak seperti ahli parlimen yang mempunyai tanggungjawab di peringkat persekutuan, tugas ADUN hanya terhad di kawasan yang diwakilinya sahaja.

"Wakil rakyat tidak semestinya berpendidikan tinggi. Lainlah sekiranya dia adalah wakil kerajaan persekutuan (ahli parlimen).

"Pengundi Manek Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan. Wakil rakyat nak jumpa (wakil) kerajaan tidak semestinya ada pendidikan tinggi," agensi berita Bernama memetiknya berkata selepas berakhirnya persidangan DUN di Kota Bharu hari ini.

PAS meletakkan pemborong ikan Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai sebagai calon mereka.

Sementara BN mempertaruhkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan ijazah pengurusan teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon pada pilihanraya kecil itu.

Ditanya mengapa Mohd Fauzi setakat ini belum dapat ditemubual pemberita, Abdul Fattah berkata calon PAS itu kini begitu sibuk bertemu dengan rakyat.

"Masa tidak mengizinkan lagi untuk (pemberita) menemubual calon kita.

"PAS Kelantan akan memperuntukkan satu masa yang sesuai untuk membolehkan pemberita mengadakan temubual dengan beliau dalam tempoh secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan.

Penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai.


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive