Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 04, 2009

Nizar - Siap sedia untuk PRK Dun Perak!


TANJUNG KARANG 3 Julai 2009. Pembubaran Dun Perak terpaksa dilakukan memandangkan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan. Demikian disuarakan oleh Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Pakatan Rakyat bagi negeri Perak, di majlis pelancaran Kelab Penyokong PAS di perkarangan Kompas di sini.


Keyakinan beliau itu berasaskan kepada prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. "Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut"


Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan. Nizar yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah juga berpendapat pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.


Turut berceramah di majlis tersebut ialah seorang blogger Dr Haji Mohd Hasyim, editor blog Ibnu Hasyim.com, yang berbangga dengan Tarian Naga dari kaum Cina dan tarian dari kaum India menghiasi pelancaran majlis tersebut. Juga ucapan aluan dari Drs Mohd Rashidi Deraman YDP Pas Tanjung Karang, Hj Kudus PKR Tanjung, En Song KPP Selangor, En Depakaram, Ayong dan beberapa lagi.

paszbb


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive