Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 02, 2010

Harap Badrul Bertanding Lagi, PKR Letak Calon Berwibawa


SHAH ALAM 1 MEI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan (ADUN) Klang Badrul Hisham mampu berkhidmat kepada rakyat selepas menyertai Umno.

Beliau berharap Badrul yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas, akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

"Saya berharap beliau bertanding sebagai wakil Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menempatkan seseorang yang lebih canggih dan lebih baik. Terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya.

Badrul menjadi wakil bebas setelah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat 6 bulan lepas menyertai Umno Jumaat lalu dengan menyerahkan borang ahli kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Khalid juga meminta rakyat sendiri menilai sejauh mana prestasi Badrul sebagai ADUN bawah Umno-BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan gembira kerana Umno sudi mengutip pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan beliau (Badrul) dan kita ucapkan terima kasih kerana Umno bersedia menerima pemimpin atau wakil rakyat yang tidak berkualiti seperti itu.

“Ini menunjukkan Badrul keluar PKR dan jadi ADUN Bebas hanya sementara. Hari ini membuktikan bahawa Badrul sebenarnya mahu kembali kepada Umno dan mendapat ganjaran dan tawaran.

"Sebab itu kita dalam PKR tidak berasa tergugat dan terkesan,” katanya.

tvs


Share

1 ulasan:

  1. Chendrawasih2/5/10 8:23 PG

    Badrul Hisham ADUN yg tak mempunyai pendirian! bukan berkhidmat utk rakyat tapi untuk poket sendiri rugi rakyat memilih nya, rakyat dapat apa - nganga aje lah badrul penuh poket lps ini tak susah lah kalau poket tak penuh tak kan dia nak tinggalkan PKR. UMNO memungut pemimpin2 PKR yg tak berkualiti- pemimpim sampah! aku rasa orang umno sendiri pun tak suka cara ini sbb akan merosakkan keseluruhan sistem umno, tapi nak buat macam mana, sbb umno lebih pentingkan kuantiti dari kualiti.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive