Isnin, Oktober 11, 2010
Bilik khas pilih DVD lucah
JOHOR BAHRU – Lebih 23,000 cakera padat digital (DVD) lucah selain pelbagai filem tempatan dan antarabangsa cetak rompak bernilai kira-kira RM130,000 dirampas di Pasar Borong Pandan, di sini, kelmarin.
Serbuan khas yang dijalankan pada jam 8.30 malam itu disertai sepasukan 34 pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Johor bersama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) Wilayah Selatan.
Serbuan itu turut menahan pemilik tujuh premis dianggap sebagai lubuk menjual DVD haram tanpa perakuan B yang berdegil meneruskan perniagaan walaupun sudah empat kali diserbu kerana melakukan kesalahan sama.
Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Filem Johor, Mohd Nashuddin Daud berkata, ketika serbuan dijalankan penjual yang sedang leka melayan pelanggan sekali gus tidak sempat untuk melarikan diri.
Menurutnya, serbuan itu dijalankan hasil maklumat orang awam yang diterima oleh pihaknya diikuti risikan sejak beberapa hari lalu untuk memastikan dakwaan berkenaan benar.
“Selain rampasan DVD kami juga menahan tujuh individu berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun disyaki sebagai pekerja di premis terbabit bagi membantu siasatan.
“Pemilik juga menyediakan bilik khas kepada pelanggan yang ingin mencari DVD lucah sebagai taktik untuk mengeliru dan mengelakkan kegiatan itu daripada dihidu dengan mudah oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat KDN Cawangan Johor, Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di sini, semalam.
Mohd Nashuddin berkata, serbuan sama juga akan diteruskan dari masa ke semasa selaras de ngan perancangan KDN Cawa ngan Johor untuk membersihkan Johor Bahru daripada penjualan bahan lucah dan cetak rompak.
“Serbuan ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk menjalankan penguatkuasaan secara habis-habisan bagi membanteras kegiatan yang merugikan negara.
“Kami juga sudah mengenal pasti beberapa lagi lokasi di sekitar bandar raya menjadi pusat penjualan DVD lucah serta pelbagai lagi filem tanpa perakuan B,” katanya.
Selain itu, katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Penapisan Filem 2002 kerana menjual DVD tanpa perakuan B dan Seksyen 5 Akta sama kerana menjual DVD lucah lucah.
“Jika didapati bersalah bagi kesalahan mengikut Seksyen 18, individu berkenaan boleh didenda hingga RM30,000 atau tiga tahun penjara, manakala kesalahan me ngikut Seksyen 5 boleh didenda hingga RM50,000 atau tiga tahun penjara,” katanya.
Justeru, Mohd Nashuddin berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya dengan menghubungi talian 07-2269642 atau 07-2269643 bagi membantu membasmi penjualan cetak rompak haram.
SH
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Oktober
(198)
- Nafsu terbantut
- PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditend...
- Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
- Nampak kepala rakan tercabut di hadapan mata
- Lawak Ahad: LAWAN
- 7 dikebumikan dalam satu liang lahad.
- Kelantan Juara Piala Malaysia
- Live: Final Piala Malaysia
- Nak makan daging Kijang atau Rusa malam ni?
- WAYANG KULIT DI GALAS,OPERA CINA DI BATU SAPI
- Piala Malaysia: Mampukah NS Kekang Kelantan?
- 7 tahun dicabul bapa
- Dakwaan pakatan sulit: PAS sifatkan Zulkifli Noord...
- MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
- 6 maut,21 cedera bas terbabas di Genting Sempah
- 1 maut, 2 motosikal berkuasa tinggi hangus terbakar
- Tiga remaja ditahan disyaki liwat kanak-kanak
- Bertunang lima gadis
- Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik
- Syaitan pun terkejut beruk
- Anwar ulang alik dari KL ke Galas setiap hari
- Seks beramai-ramai sambil hisap dadah
- Ibu maut digilis lori
- Ibu koma kena penumbuk anak
- WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANG...
- Pelacur diarah pakai jaket cerah
- "Juru Kunci" Gunung Merapi Dipercayai Rentung Dala...
- Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat P...
- Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?
- Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen
- Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu
- Dah buang tabiat ka ni?
- Hamba seks tauke
- UMNO BN 'KALAH' DI GALAS?
- Semakin ramai gemar amalan seks sejenis di New York
- Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera
- Ketua Audit: Hutang Negara Paling Tinggi Dalam 5 T...
- Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi
- Sekolah beli pokok 880% lebih mahal
- Tragedi Oktober Berasmara Atas Bumbung
- Hangpa nak guna lambang apa pun lantak pi la..
- Budak sekolah pun depa nak kencing..mangkuk betoi la
- Gempa Bumi Kuat Di Padang, Sumatera Barat
- Umno tabur impian rumah rakyat di Galas
- Pengawal tidur, 12 bas hangus
- Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?
- Ghairah lihat isteri tuan rumah
- Anwar Bidas Kenyataan Najib Takut Kalah Sebagai Ke...
- Kedah Sifar Rasuah: Umno-BN Makin Terancam
- Khidmat urut 3 dalam 1 di rumah sewa
- Najib akui tuduhan terhadap PR karut
- UMNO Congak Gunakan Masjid Daftar Ahli Baru
- Jangan takut gertakan Najib
- Sami rakam aksi 600 wanita mandi dipenjara 17 tahun
- Lawak Ahad: POMPUAN MABUK
- Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
- Keputusan TM Piala Malaysia Separuh Akhir (2) 23/1...
- Malaysia bukan harta pusaka Umno BN
- 100 tingkat beza dengan 100 keluarga
- ADUN Kuala Nerang: DUN Kedah Tunggu Surat Mahkamah
- 20 wanita didakwa terbabit sindiket pornografi kan...
- Video Demo Bantah Festival Busana
- 'Kehilangan' Anak KM Sarawak Buka Laluan Satu Lagi...
- Wanita hamil dibelasah, dipaksa gugur kandungan
- Umno Bakal Hilang Kuasa Dalam PRU-13
- Bahaya Teh Tarik Bungkus
- Sayap baru Umno; 'Briged Musang Berbulu Ayam'' dan...
- SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU
- Lawak Pagi Jumaat
- Ini dia calon PAS untuk Dun Galas
- Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000
- PRK DUN Galas :Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Mal...
- Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah
- Bolehkah Pakatan Rakyat Mempercayai SAPP?
- Gadis dirompak dan diraba dalam kereta
- UMNO MACAM ITIK
- Iya Ke Umno Ada Masalah Di Gua Musang?
- Keputusan TM Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama ...
- Alasan Pak Pandir, PNB Yang Cadang Bina Menara War...
- Tol KL-Pulau Pinang RM111.25 Pada 2015
- Skandal Projek Pembinaan Istana Negara
- Test
- Gadis berahi pembuka botol arak
- Piramid dan Menara Warisan
- Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat
- Intip 5 artis maksiat
- Rahimi Pembohong
- Apabila kerajaan mula berniaga
- Dituduh 5 kali rogol budak bawah umur
- Istana Negara Baru: Anwar Mahu PAC Siasat
- Najib sukar perolehi majoriti 2/3, kata Dr M
- Pembedahan paling ngeri pernah gua tengok
- Kanser payudara serang lelaki
- Padah buruk jika BN terus memerintah
- PRK Galas: Adakah Ku Li Berbisa?
- Putrajaya Lubuk Maksiat?
- Ketua Pemuda Umno Kedah terkilan desakan letak jaw...
- Bajet ’11: Bajet Saudagar Abu Nuwas Versi Ulul Albab
- Ketua cawangan Umno didakwa buat tuntutan palsu
- Usia 11 tahun dah kenal seks
-
▼
Oktober
(198)