Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 29, 2010

1 maut, 2 motosikal berkuasa tinggi hangus terbakar

Peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh dirempuh rakan


Kedua-dua buah motosikal tersebut hangus terbakar dalam kejadian itu.

IPOH: Seorang peniaga yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh apabila dirempuh rakan, selepas jentera yang dipacunya terbabas akibat bergesel dengan sebuah lori di Km 262.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Terowong Menora, di sini hari ini.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, Robert Lim Boon Huat, 52 dari Taman Desa, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Rakannya yang dikenali Cheng Teng Siong, 38, dari Puchong, Selangor hanya cedera ringan dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, katanya ketika dihubungi di sini.


Mengulas lanjut, Mohd Rodzi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang berada di hadapan Lim secara tiba-tiba memasuki laluan memotong di sebelah kanan.


"Ia menyebabkan motosikal yang ditunggang Lim bergesel dengan lori itu sebelum terjatuh, manakala Cheng yang mengekori tidak sempat mengelak dan merempuh Lim," katanya.


Kejadian itu juga menyebabkan kedua-dua buah motosikal tersebut hangus terbakar.


Mohd Rodzi berkata, kedua-dua mereka bersama sembilan lagi rakan dalam perjalanan balik ke ibu kota selepas melawat Betong, Thailand.


"Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu telah membuat aduan dan memberi keterangan kepada polis," katanya.-Bernama

MESEJ:

PEMANDU-PEMANDU LORI DAN KENDERAAN BESAR YANG LAIN DINASIHATKAN SUPAYA LEBIH BERHEMAH DI JALANRAYA. KITA SERING MELIHAT LORI-LORI DI LEBUHRAYA DENGAN SELAMBA MEMASUKI LORONG MEMOTONG DI SEBELAH KANAN SECARA TIBA-TIBA TANPA MELIHAT KENDERAAN DI BELAKANG.HORMATILAH PENGGUNA LAIN.


4 ulasan:

  1. ramai dreba lori & bas perangai mcm tu!!! kalau hukum gantung lesen tak berkesan, hukum gantung sampai mati jer dreba mcm ni (&$^%(O^#@

    BalasPadam
  2. mmg benar lori tu salah, tp jgn pula kita lupa bagaimana cara pemanduan motor2 besar ni bila mrk berada diatas highway...geng2 moto besar ni tak pernahnya nk drive lama2 belah lorong kiri..almost stay lorong kanan..hinggakan kereta nak memotong pun jadi susah!aku rasa mrk yg memandu kat highway pun tau mcm mana geng2 motor besar ni drive...

    BalasPadam
  3. Masing2 kena beringat la..sendiri mau ingat jika nak selamat...betoi dak?

    BalasPadam
  4. mmg pun dia org bawak motor belah kanan sebeb cc besar roadtax sama bayar gak..
    tapi kalau lori tu berhemah xjadi camtu
    masaallah keta nak memotong tu bkn lama mana nak menunggu..kena bagi laluan kerana konvoi..pastu dia org lepas pi la potong amalkan sikap sabar nak memotong..jgn mcm lori tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive