Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 14, 2010

Diliwat beberapa kali tanpa kondom, kata Saiful



Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan dijangkakan lebih banyak pendedahan yang mengemparkan bukan sahaja daripada soal-balas ke atas doktor yang merawat pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merawatnya selepas diliwat tetapi juga dengan beberapa perkembangan terbaru.

NONEAntaranya, seorang lagi pembantu ketua pembangkang itu, - Rahimi Osman yang mendakwa bahawa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang tidak benar serta memalitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tuduhan liwat berkenaan.

Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang - Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah.

azlanPeguam Karpal Singh sebelum ini berkata beliau akan membawa isu Rahimi dalam perbicaraan hari ini, dalam usaha pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi yang masih gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Seorang lagi peguam Anwar - Sankara Nair menerusi e-mail semalam berkata pihaknya kemungkinan besar akan memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas Rahimi.

Perbicaraan ini juga menarik minat usahawan Britain, Sir Richard Branson, yang pada bulan lalu ketika di Kuala Lumpur berkata, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Malaysia dan menghindarkan pelabur asing daripada datang ke negara ini.

Sebelum ini, Anwar juga gagal menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif seorang daripada peguam yang mewakili pihak pendakwaan mempunyai hubungan intim dengan Saiful Bukhari .

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

LAPORAN LANGSUNG


9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.

azlan"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat selama 10 minit.

[Berita penuh menyusul]

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive