Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 20, 2010

Piramid dan Menara Warisan

Oleh Tok Pepijat


Telah menjadi amalan setiap pemerintah di muka bumi ini untuk membuat sesuatu agar pemerintahannya diingati oleh rakyat di setiap generasi.


Itulah amalan dan lagak yang bergelar Sang Penguasa. Mereka tidak pedulikan kesengsaraan, penderitaan dan kesusahan rakyat marhein. Apa yang penting terbinanya mercu tanda bagi memenuhi nafsu besar mereka.


Yang jadi mangsa adalah rakyat. Yang menjadi mangsa duit rakyat. Duit cukai yang dipungut dari rakyat dan hasil mausul negara bakal dibelanjakan untuk membiayai projek impian Sang Penguasa.


Firaun di zamannya menggunakan keringat dan kudrat tenaga rakyat untuk membina Piramid. Begitu juga yang dilakukan Namrod bagi membina Babylon. Firaun dan Namrod begitu senang menggunakan kudrat rakyatnya kerana mereka berdua mempunyai kuasa mutlak. Setiap perintah wajib ditaati umpama "arahan Tuhan".


"Firaun" di zaman moden ini menggunakan pelbagai alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan popular lagi basi yang sering keluar dari mulut Sang Penguasa, "Untuk pembangunan, rakyat dapat manafaat, pengangguran dapat dikurangkan, menarik pelabur luar, pihak swasta yang membina....."


Jika Firaun zaman Nabi Musa as mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya demi terbina Piramid, "Firaun Moden" pula membolot jutaan RM rakyat dan hasil mausul negara demi terbinanya Menara KLCC dan terkini Menara Warisan.


Jika Petronas "dipaksa" membeli tanah tapak Lumba Kuda dari kroni Mahathir untuk pembinaan KLCC, siapa pula yang bakal "dipaksa" PMNajib untuk membeli tanah dari kroninya untuk pembinaan Menara Warisan yang bernilai RM5 Bilion itu?


Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan" dan simbol kezaliman Mahathir.


Adakah Menara Warisan yang bakal di bina PMNajib dan Rosmah ini akan bakal menyaksikan "wajah" Altahtunya di setiap penjuru dan sudut Menara 100 tingkat ini?


Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!

tokpepijat.blogspot.com


4 ulasan:

  1. Kepada arkitek Menara Warisan jangan lupa satu ruang khas (ala piramid Firaun)di bawah menara tersebut khusus untuk disemadikan jasad Rosmah dan Najib. Mahadet mumgkin disemadikan di bawah menara KLCC

    BalasPadam
  2. perlu ke bina bangunan tinggi2? membazir gile la


    Terkini : Unicorn Wujud?

    BalasPadam
  3. 'Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan"'... memang betul pun. UMNO dan Barisan Nasional dah tempah "batu nesan" lama dah sebelum mereka akan dikuburkan oleh rakyat pada PRU Ke-13 ni..

    BalasPadam
  4. PM membelanjakan RM 5 billion untuk membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat bagi memajukan ekonomi negara dan ekonomi rakyat tetapi PAS Kelantan menerima wang RM 4 billion hanya untuk mengisi kantung poket masing-masing tetapi isu ini tidak dipertikaikan pulak oleh ahli-ahli PAS dan PR yang lain. Sekurang-kurangnya PM membelanjakan untuk kemajuan ekonomi negara bagi manfaat semua rakyat tetapi PAS menerima wang untuk tujuan menampung perbelanjaan PAS bagi menghadapi PRU 13 akan datang. Jadi siapa yang membazir wang rakyat sebenarnya?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive