Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 27, 2010

UMNO BN 'KALAH' DI GALAS?






GUA MUSANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah di N045 Galas dari segi sokongan moralnya apabila jumlah para penyokongnya jauh lebih kecil berbanding dengan sokongan terhadap PAS pada hari penamaan calonnya.

Tinjauan Buletin Skuad di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendapati ‘lautan manusia’ di pihak PAS berbanding dengan Umno-BN. (lihat foto)

Berikutan itu, berlaku sedikit ketegangan apabila calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad menghadapi kesukaran ke pusat penamaan calon kerana sekatan polis.

Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

Selitar jam 9.23 pagi, Dr Zulkefli Mohamad berjaya melepasi sekatan polis dan beliau diiringi oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

9.30 pagi, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan bagi menyerahkan boring pencalonannya kepada pihak Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jam 9.44 pagi, kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP serta membuat ucapan ringkas dihadapan para penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau menyarankan agar jenetera parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon PAS-PR pada 4 November ini.

Manakala, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Wan Mustafa Wan Abdul Hamid yang bertugas turut membuat pengumuman hanya dua calon yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN. Mereka adalah Dr Zulkifli Mohamad dari PAS dan Abdul Aziz Yusof (BN).

10.14 pagi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas ‘membakar’ semangat dan disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

‘Pelik bin Ajaib’ terdapat di kalangan penyokong PR bukan Islam seperti orang Cina dan India turut melaungkan ‘takbir, takbir, takbir!!’ menang PAS.



Sementara itu, di sebelah penyokong Umno-BN pula membalas dengan paluan gendang, nyanyian
Arahan serta undang-undang SPR bahawa membuat ucapan politik dengan pembesar suara serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, tetapi paluan gendang daripada penyokong Umno-BN dibiarkan terus bergema.

Situasi bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong Umno-BN mula keletihan dan paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti.

Manakala, para penyokong PAS-PR terus bersemangat dengan laungan takbir dan berselawat bagi menyatakan kekuatan parti.

Dianggarkan oleh pihak risikan, polis, SB, wartawan dan pakar politik jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 20,000 orang berbanding dengan Umno-BN sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.

Sebab itu, tepat jam 10.00 pagi kelihatan Ahli Parliem Gua Musang, yang juga Pengarah Pilihan Raya N.45 Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Sabry Chik telah keluar dari kawasan Pusat Penamaan Calon tersebut.

Jam 11.00 pagi, pula kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama, Dr Rais Yatim pula keluar.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. I

Sekitar jam 12.00 tengahari, Wan Mustafa (Pengurus Pilihan Raya) mengumumkan nama kedua-dua calon iaitu Dr Zulkifli Mohamad (PAS-PR) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun, terdapat satu bantahan namun ia ditolak oleh Wan Mustapha dan pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

BO


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive