Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 18, 2010

Kanser payudara serang lelaki


KOTA BHARU - Kanser payudara yang menjadi pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan lelaki terutama di kawasan pedalaman Kelantan dengan enam mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari berkata, statistik juga mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

“Hal ini menunjukkan barah payudara tidak hanya menyerang kaum wanita, sebaliknya ia turut dihidapi oleh lelaki dan pemeriksaan mengenainya perlu dijalankan oleh kaum ini.

“Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, di sini.

Katanya, ada kes penghidap penyakit tersebut hanya menerima rawatan separuh jalan kerana terpengaruh dengan kepercayaan karut apabila mengetahui harus menjalani prosedur pengambilan sampel air tulang belakang.

“Mereka terlalu takut sebagai contohnya apabila doktor mahu mengambil air tulang belakang atau mengambil darah untuk pemeriksaan, mereka risau akan lumpuh bahkan ada yang beranggapan tindakan itu akan menyebabkan mereka menjadi seorang individu yang bodoh, selain itu sikap gemar menemui bomoh juga menjadi satu faktor,” katanya.

Beliau berkata, perkara tersebut adalah antara cabaran kepada pihak hospital dan pakar perubatan menyebabkan pihaknya kini mencari beberapa inisiatif baru untuk mengenal pasti wanita penghidap kanser payudara.

Antara inisiatif berkenaan ialah mendapatkan kerjasama imam dan penghulu kampung di seluruh Kelantan yang dilihat memainkan peranan penting termasuk sebagai ‘pembuat keputusan’ dalam sesebuah komuniti.

“Sebenarnya kanser payudara ini jumlahnya adalah banyak tetapi tidak dilaporkan terutama di kawasan luar bandar.

“Justeru kita akan pergi kepada penghulu kampung, imam-imam masjid dan juga pergi dari rumah ke rumah di pedalaman untuk mencari dan mengenal pasti golongan berisiko ini," katanya.

SH

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive