Oleh Penarik Beca
"Najib ni dah gila aku rasa".
Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.
Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.
"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.
Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".
Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!
Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...
Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.
Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin.
Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu.
DD
ketirisan ni...lama dah dok jadi..tak tau la nak berubat macamana...
BalasPadamtakpala...sekurang-kurangnya...depa ada projek..masyuk sikit..
duit tu kalau pi cari org miskin seMalaysia..lagi baguih..dak pun...pakat bagi ke semua rakyat MAlaysia...takpa la..boleh sorang berapa duit pun...