Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 18, 2010

PRK Galas: Adakah Ku Li Berbisa?

Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.

Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).



Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.



Masih membantu kekuatan PAS di Kelentan ialah batang tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Serang secara peribadi, keluarga dan menantu cukup memberikan kesan mendalami berketetapan jika anda mememahami hadis nabi tentang finah dan pembukaan aib yang saya tak akan huraikan faktor dan sebabnya yang berkaitan rapat dengan krisis kepimpinan dalam PAS.



UMNO tak mampu menjatuhkan PAS kerana tidak ada individu boleh mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar. UMNO sendiri juga mengalami krisis dalaman di Kelantan yang berlanjutan sekian lama.



Kesempatan di Galas memberikan ruang DS Najib mengambil kesempatan daripada nasihat pakar politik untuk menarik Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li bukan sahaja menjadi masalah pada masa itu kerana pertentangan dan perbezaan pendapat malah Ku Li sendiri boleh berada di pentas PAS dalam isu Royati Minyak. Semua ini bukanya suatu yang baik bagi UMNO.



Kesempatan PRK Galas, dengan strategi yang bijak Najib boleh mengembalikan Ku Li untuk setia kepada UMNO malah Ku Li pula dijadikan senjata untuk menyerang dan merobek PAS secara teruk dalam PRK nanti.



Ku Li dijadikan bayangan untuk mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar nanti jika UMNO Menguasai Kelantan. Ini satu strategi yang baik.



Saya faham mungkin ada yang mengatakan tidak sama Ku Li dan Tok Guru. Ya itu memang benar sehingga ada joke yang pernah berlinggar dalam ceramah, jika Tok Guru Nik Abdul Aziz pergi solat Jumaat di Masjid UMNO. Semua khariah masjig ahli UMNO, termasuk Ku Li ada sama. Jika bilai memberikan tongkat mimbar kepada Ku Li sedangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ada di situ.



Nescaya Ku Li akan ketuk kepala bilai itu dengan tongkat mimbar seraya berkata "nate demo ni, Tok Guru ken ade!! ambe mano reti baco khutboh"



 Saya amat setuju dengan tulisan Subky Latif





Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.



Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.


Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.


Tapi dalam keadaaan kepayahan PAS di Gua Musang, ada satu fakta perlu diambil kira iaitu walaupun keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Malah undi parlimennya sendiri pada ketika itu dikirakan kalah.



Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.



Ibrahim Ali, walaupun apa orang sebut antara mereka yang boleh mengerakkan semangat ahli dan penyokong. Kini Ibrahim ali telah dilucutkan gelaran Dato' dan dia juga dalam keadaan uzur.



Faktor Sultan juga tidak boleh dilupakan di Gua Musang. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang dipanggil manja oleh Baginda dengan nama Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.


Begitu rapatnya Sultan Kelantan sekarang dengan Ku Li boleh digambarkan pada bulan Ramadhan yang lalu Tuanku telah berbuka puasa bersama-sama Tok Ku Li Baginda di Kuala Lumpur. Pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang lalu pula, Baginda telah berangkat ke Palm Manor untuk beramah mesra dengan Tok Ku Li Baginda.



Tapi malangnya Ku Li tidak menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) yang penuh bersejarah pada 13 September 2010. Dengan tidak hadirnya Ku Li pada mesyuarat tersebut menyebabkan Ku Li terlucut jawatan sebagai ahli MPN mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)


Adalah dimaklumkan bahawa dengan tidak hadirnya Ku Li menyebabkan hubungannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menjadi kurang erat. Krisis kesulatanan di Kelantan amat rumit untuk saya bicarakan di sini, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi PRK Galas.



Ku Li menjadi tidak rapat dengan Sultan manakala saya dimaklumkan pula Tok Guru Nik Abdul Aziz makin rapat malah ada maklumat yang hampir tepat mengatakan Tok Guru akan ke Mekah bersama Sultan Kelantan. Adakah mereka akan pergi bersama, kita lihat nanti tapi sekurang-kurangnya mereka akan mengeliling Kaabah pada masa yang sama.




Rakyat Gua Musang terbelah bahagi dalam hal ini. Saya tidak mahu menjangka tetapi sekiranya Sultan memainkan sedikit sahaja peranan Ku Li boleh jadi tidak lagi berbisa!!!!



UMNO habis modal, keringat dan wang lagi di Kelantan dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS.


batuapi-firestone


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive