Sabtu, Oktober 23, 2010
Malaysia bukan harta pusaka Umno BN
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Datuk Seri Najib Razak perlu sedar bahawa Malaysia bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihan raya.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan Najib selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib di perasmian persidangan agung Umno di PWTC semalam, yang menyebut: Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan! membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhan raya akan datang.
“Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.
“Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata, banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin mereka yang tidak memperdulikan rakyat selama ini di mana turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihan raya.
Sehubungan itu, ujarnya PAS mengharapakan supaya pemimpin Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.
PAS, tegasnya hendak tahu juga apa maksud ucapan Najib “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”.
“Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini?” soalnya.
Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno supaya belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.
Katanya, PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat.
Namun, jelasnya PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.
PAS juga, ujarnya pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.
Katanya, kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.
“Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat,” jelasnya.
Begitu juga, tambahnya dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan itu.
HD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Oktober
(198)
- Nafsu terbantut
- PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditend...
- Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
- Nampak kepala rakan tercabut di hadapan mata
- Lawak Ahad: LAWAN
- 7 dikebumikan dalam satu liang lahad.
- Kelantan Juara Piala Malaysia
- Live: Final Piala Malaysia
- Nak makan daging Kijang atau Rusa malam ni?
- WAYANG KULIT DI GALAS,OPERA CINA DI BATU SAPI
- Piala Malaysia: Mampukah NS Kekang Kelantan?
- 7 tahun dicabul bapa
- Dakwaan pakatan sulit: PAS sifatkan Zulkifli Noord...
- MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
- 6 maut,21 cedera bas terbabas di Genting Sempah
- 1 maut, 2 motosikal berkuasa tinggi hangus terbakar
- Tiga remaja ditahan disyaki liwat kanak-kanak
- Bertunang lima gadis
- Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik
- Syaitan pun terkejut beruk
- Anwar ulang alik dari KL ke Galas setiap hari
- Seks beramai-ramai sambil hisap dadah
- Ibu maut digilis lori
- Ibu koma kena penumbuk anak
- WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANG...
- Pelacur diarah pakai jaket cerah
- "Juru Kunci" Gunung Merapi Dipercayai Rentung Dala...
- Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat P...
- Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?
- Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen
- Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu
- Dah buang tabiat ka ni?
- Hamba seks tauke
- UMNO BN 'KALAH' DI GALAS?
- Semakin ramai gemar amalan seks sejenis di New York
- Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera
- Ketua Audit: Hutang Negara Paling Tinggi Dalam 5 T...
- Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi
- Sekolah beli pokok 880% lebih mahal
- Tragedi Oktober Berasmara Atas Bumbung
- Hangpa nak guna lambang apa pun lantak pi la..
- Budak sekolah pun depa nak kencing..mangkuk betoi la
- Gempa Bumi Kuat Di Padang, Sumatera Barat
- Umno tabur impian rumah rakyat di Galas
- Pengawal tidur, 12 bas hangus
- Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?
- Ghairah lihat isteri tuan rumah
- Anwar Bidas Kenyataan Najib Takut Kalah Sebagai Ke...
- Kedah Sifar Rasuah: Umno-BN Makin Terancam
- Khidmat urut 3 dalam 1 di rumah sewa
- Najib akui tuduhan terhadap PR karut
- UMNO Congak Gunakan Masjid Daftar Ahli Baru
- Jangan takut gertakan Najib
- Sami rakam aksi 600 wanita mandi dipenjara 17 tahun
- Lawak Ahad: POMPUAN MABUK
- Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
- Keputusan TM Piala Malaysia Separuh Akhir (2) 23/1...
- Malaysia bukan harta pusaka Umno BN
- 100 tingkat beza dengan 100 keluarga
- ADUN Kuala Nerang: DUN Kedah Tunggu Surat Mahkamah
- 20 wanita didakwa terbabit sindiket pornografi kan...
- Video Demo Bantah Festival Busana
- 'Kehilangan' Anak KM Sarawak Buka Laluan Satu Lagi...
- Wanita hamil dibelasah, dipaksa gugur kandungan
- Umno Bakal Hilang Kuasa Dalam PRU-13
- Bahaya Teh Tarik Bungkus
- Sayap baru Umno; 'Briged Musang Berbulu Ayam'' dan...
- SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU
- Lawak Pagi Jumaat
- Ini dia calon PAS untuk Dun Galas
- Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000
- PRK DUN Galas :Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Mal...
- Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah
- Bolehkah Pakatan Rakyat Mempercayai SAPP?
- Gadis dirompak dan diraba dalam kereta
- UMNO MACAM ITIK
- Iya Ke Umno Ada Masalah Di Gua Musang?
- Keputusan TM Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama ...
- Alasan Pak Pandir, PNB Yang Cadang Bina Menara War...
- Tol KL-Pulau Pinang RM111.25 Pada 2015
- Skandal Projek Pembinaan Istana Negara
- Test
- Gadis berahi pembuka botol arak
- Piramid dan Menara Warisan
- Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat
- Intip 5 artis maksiat
- Rahimi Pembohong
- Apabila kerajaan mula berniaga
- Dituduh 5 kali rogol budak bawah umur
- Istana Negara Baru: Anwar Mahu PAC Siasat
- Najib sukar perolehi majoriti 2/3, kata Dr M
- Pembedahan paling ngeri pernah gua tengok
- Kanser payudara serang lelaki
- Padah buruk jika BN terus memerintah
- PRK Galas: Adakah Ku Li Berbisa?
- Putrajaya Lubuk Maksiat?
- Ketua Pemuda Umno Kedah terkilan desakan letak jaw...
- Bajet ’11: Bajet Saudagar Abu Nuwas Versi Ulul Albab
- Ketua cawangan Umno didakwa buat tuntutan palsu
- Usia 11 tahun dah kenal seks
-
▼
Oktober
(198)
UMNO dalam keresahan dan mengetahui kekalahan Ge13 jelas nyata. Sokongan rakyat terlalu hambar, jesteru itu Presiden UMNO, by hook or by crook, UMNO mesti mempertahankan Putrajaya. Kalau jatuh ke tangan pembangkang, hancur lebur UMNO menjadi debu.
BalasPadamRamai para pemimpin2 UMNO akan diheret ke mahkamah. Presiden UMNO merangkap PM harus tahu Malaysia adalah negara demokrasi Berparlimen, bukan senang2 nak rampas kuasa atau guna kekerasan untuk memiliki Kerajaan Malaysia. Andai kata PM itu akan di turuti dengan kenyataan, ini bermakna Mei 13 yang kedua pasti menjadi nyata dan batu apinya adalah NAJIB sendiri.
PM harus menyedari dan mengakui kesilapannya terhadap ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 tempoh hari..kenyataan itu benar2 memberi ketakutan kepada rakyat Malaysia. Seolah2 demi untuk mempertahankan Putrajaya, UMNO kena menggunakan apa jua cara, walau pun nyawa rakyat dipertaruhkan. INI ADALAH RASIS.
Dalam Perlembagaan Malaysia tidak dinyatakan, mengharamkan sesiapa warga Malaysia mencabar atau mempertikaikan artikel2 dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia hak rakyat dan ciptaan Rakyat, kenapa tidak ada hak untuk dibawa perbincangan.
Era zaman kini berbeza dengan Tahun 60an. Setiap warga Malaysia sedar dan tahu yang mana baik dan buruk.... Penguasaan Putrajaya adalah hak dan suara rakyat. Biar rakyat Malaysia yang menentukannya.
Bukan melalui apa yang di tegaskan oleh Najib itu.
Saudara Idris,
BalasPadamBila masa Najib "claim" Malaysia hak pusaka UMNO. Bagaimana saudara boleh bersangka demikian?
Dan kenapa mesti andaikah yang Najib akan mulakan May 13 yang baru? Mengucaplah. Kenapa bersangka buruk sesama manusia. Saudara mungkin belum lahir lagi bila perarakan DAP menunjukkan penyapu pada orang Melayu pada May 13 1969.
Lupakah bagaimana seorang orang Melayu dibunuh dan mayatnya dicalitkan cat merah menjelang pilihanraya. Dan jangan lupa ramai wanita Melayu ditetak ketika pergi pasar( Central Market) ketika itu.
Nak salahkan UMNO jugakah? "Penguasaan Putrajaya...".
Oh pandfai cakap hak rakyat? Kenapa PAS tak hormat hak rakyat bila terima cara Anwar mahu merasuah Ahli Parlimen UMNO menumbangkan BN pada Sept 16, 2008.
Bukankah mandat diberi pada BN untuk memerintah negara?
Tiada siapa mempertaruhkan nyawa rakyat untuk Putrajaya. UMNO hanya menyatakan hasrat pertahankan Putrajaya . Itu saja.
Apa masalah saudara. Dari cara saudara Idris berucap, saudatra saya nampak suka putar belit dan bersangka buruk sesama Islam.
INGAT, Islam bukan "hak pusaka " PAS. Jangan ingat berjubah berserban dapat TIPU Allah SWT
Inilah akibatnya terlalu lama memerintah sehingga mau mempertahankan kuasa(Putrajaya) dengan titisan darah yang akhir.Ahli-ahli UMNO elok buka mata dan minda sikit.Lihat dinegara Jepun,dalam tempoh 10 tahun yang lalu berapa ramai Perdana Menteri sudah bertukar,Jepun tetap maju.Presiden Amerika Syarikat jarang yang dapat mandat jadi presiden 2 penggal - Amerika terus maju dan makmur.Begitu juga keadaan politik diKorea Selatan,Thailand dan England - pemimpin negara bertukar ganti,parti yang memerintah pun turut bertukar ganti.Sehinggakan ada Perdana Menteri dapar berkuasa cuma beberapa bulan sahaja - namun negara tu terus maju.Cuma dinegara Malaysia Haprak ini sahaja,UMNO nak berkuasa hingga hari kiamat.Ini membuktikan pemimpin UMNO tak faham demokrasi dan seterusnya tidak menghormati rakyat.Segala cara digunakan untuk terus berkuasa - ancaman,ISA,keganasan polis,manupulasi sistem kehakiman,fitnah dan pembohongan.Jangan lupa - Kuasa tu Allah yang beri dan Allah boleh tarik balik kuasa itu.Titisan darah orang UMNO tidak ada makna sekiranya Allah hendak menarik balik kuasa dari UMNO.Fikirkan.
BalasPadam