Oleh Ustaz Idris Ahmad
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB).
Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau.
Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Pas berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB.
Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.
Nampaknya pemimpin umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi.
Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis.
Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.
DD
pnb jadi mangsa?
BalasPadamtak kira la sapa punya duit.. tak payah la. baik take over bangunan lama yg terbengkalai
BalasPadamNampak sangat mereka gagal memahami kehendak rakyat. Apa lagi tunggu, nyahkan UMNO/BN dalam PRU 13 dan semua PRU kecil yang lain.
BalasPadamApakah menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat tak dapat menjana ekonomi?
Adakah memberi biasiswa kepada pelajar tidak dapat menjana ekonomi?
Adakah memberi kemudahan dan prasarana kepada rakyat umum tidak mampu menjana ekonomi negara?
Apakah memberikan subsidi kepada para petani dan penternak tidak memberikan pulangan kepada ekonomi negara?
Adakah memberikan subsidi pada usahawan tempatan untuk kegunaan tempatan tidak dapat membantu ekonomi negara?
Apa memberikan elaun kepada warga emas tidak mampu menjana ekonomi?
UMNO/BN memang kamu tidak memahami aspirasi rakyat, maka aku doakan pada Allah agar mengambil kembali kuasa pemerintahan yang Dia pinjamkan kepada mereka selama 50 tahun lebih ini.