Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 21, 2010

Iya Ke Umno Ada Masalah Di Gua Musang?

Oleh Mohd Sayuti omar

KALAU tidak ada aral merintang malam esok saya akan turun ke Galas untuk menyaksikan majlis pengumuman calon Pas. Tentunya ramai orang tertumpu ke sana. Pas sendiri memerlukan sokongan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Nama calon Pas sudah pun ada dalam minda dan genggaman saya. Ai? Kalau nak tahu call lah saya..

Sejak awal saya konsisten dengan calon ini. Saya tampak dialah paling layak. Pas nampaknya tidak bermasalah dalam menentukan calon. Konsesus didapati awal-awal lagi. Apakah ini sebagai petanda Pas akan mengharungi pilihan raya kecil ini dengan tenang.



 Atau para puak dalam Pas rela dan ikhlas untuk tidak menimbulkan masalah kerana lawan mereka - Tengku Razaleigh Hamzah. Atau kerana takut kenan di Manik Urai dulu. Eloklah kalau begitu, ia meringan beban dan tidak menimbulkan banyak kerenah.

Kehadiran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malam esok juga akan memeriahkan lagi majlis pengumuman calon itu. PKR dan DAP perlu menunjukkan sokongan padu. Kekalahan pilihan raya kecil itu akan turut merecit kepada mereka juga.

Pas dalam menghadapi plihan raya ini tidak berapa manggak - confident. Pas turun sebagai under dog dengan nisbah 48:52. Pas mengambil petunjuk apa yang berlaku di Manik Urai lalu di mana undi popular Pas menurun sekitar 4 atau 5 peratus. Jadi petunjuk itu dijadikan penanda aras untuk Pas memulakan gerak kerja di Galas. Sebab itu Pas letak 48. Kalau undi popular Pas kekal seperti mana pilihan raya umum tetntu Pas berkelebihan sekitar 51.5%.

Sudah tentu kalau peratus undi popular Pas terus turun Pas mungkin akan menangis di Galas kali ini. Sebaliknya kalau kedudukan 48:52 itu kekal dan Pas boleh tambah sedikit, giliran Tengku Razaleigh akan menangis dan mendapat penghinaan besar. Jadi perancangan tokoh Umno Kuala Lumpur untuk menggas Tengku Razaleigh akan berhasil.

Kita ulas dan kaji semula soal itu.

Yang jelasnya dalam Pas sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu, BN masih lagi terkial-kial. Sehingga kini BN belum dapat menentukan siapakah calon mereka. Apakah ianya dari kalangan orang Tengku Razaleigh atau Umno Gua Musang atau sebaliknya. Katanya berlaku pertikaian mengenai calon. Tengku Razaleigh mahu meletakkan orangnya tetapi dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Dalam barisan kepimpinan Umno Gua Musang hari ini, sebahagiannya tidak menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh. Ini jadi masalah. Ketua Wanita, Wan Hazani Mohd Noor dan Ketua Pemuda Bazlan dikatakan tidak berapa bersetuju angin dengan Tengku Razaleigh. Ada juga desakan agar orang mereka diambil.

Pertelingkahan ini menyebabkan Umno masih belum dapat mengumumkan calonnya. Tetapi apapun Tengku Razaleigh mempunyai kuasa besar untuk menentukan calonnya. Kuasa sebagai pengarah akan digunakan untuk membuat keputusan. Apa dibimbangkan kalau calon orang Tengku Razaleigh akan berlaku protes secara senyap.

Bekas Timbalan Ketua Umno Gua Musang dan juga bekas Adun Galas, Saufi Deraman dikatakan tidak sejalan dengan Tengku Razaleigh. Manakala Ketua Pemuda Umno, Bazlan pula selalu kelihatan bersama orang-orang Pas di Gua Musang. Betulke atau satu provokasi?

Saufi yang mengetahui kelemahan dan kekuatan Umno Gua Musang dikatakan sudah bertukar maklumat dengan bilik Gerakan Pas. Pas sudah mendapat rahsia dan masalah Umno Gua Musang. Apakah erti ini semua? Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa Umno berhadapan masalah perpaduan dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Ekoran berlaku perebutan calon ada cadangan agar calon alternatif diambil bagi mendamaikan kedua-dua pihak. Bekas ADO Gua Musang dikatakan disebut-sebut akan diletak sebagai calon. Tetapi sejauh mana ia disetujui sangat meragukan. Kalau kedua pihak sedia berkorban memberi laluan kepada orang luar ia boleh menyelamatkan Umno tetapi kalau sebaliknya Umno akan tertumus.

Sejauh mana kebenaran berita dan perkhabaran itu tidak boleh diyakini sepenuhnya kerana Umno kini sibuk berperhimpunan. Mungkin Tengku Razaleigh sengaja memperlewatkan kleadaan kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno. Tetapi bagi saya di antara PWTC dan Galas sepatutnya Tengku Razaleigh mementingkan Galas. Ini penting bagai mengelakkan Umno tewas di Galas seperti pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas



DD

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive