Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 20, 2010

Skandal Projek Pembinaan Istana Negara



Oleh Suara Keadilan

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.

"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.

"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.


Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010

SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00
2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51
3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006
4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007
5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011
6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.
2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan

Bahagian VI

Pendaftaran Kontraktor

25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris

Part VI

Registration of Contractors

25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara
MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.

- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.


F. MASALAH-MASALAH LAIN.

1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,
2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan.

SK


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive