Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 06, 2010

Judi: Isu Besar Yang Dibodohkan!

Selepas isu doa untuk Guan Eng, Pulau Pinang dikecohkan dengan isu duit judi pula. Isu doa untuk Guan Eng nampaknya sudah bernoktah. Isu duit judi pula semakin hari nampaknya semakin panas.

Setiap hari ada sahaja berita duit itu dipulangkan. Menariknya, duit itu tidak dipulangkan kepada pihak yang memberi tetapi dipulangkan kepada pihak lain. Mengapa pihak lain?




Sepengetahuan saya Mufti Pulau Pinang tidak memberikan sebarang komen mengenai isu ini. Kalau isu ini benar-benar serius dan penting, saya yakin Mufti Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Apatah lagi jika isunya adalah, rakyat Pulau Pinang makan duit haram.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Umno pada zahirnya memang isu-isu ‘bodoh’. Saya mengatakan isu-isu tersebut sebagai isu-isu ‘bodoh’ kerana beberapa sebab.

Pertama, isu-isu itu tidak mendapat tempat di kalangan golongan intelek. Kedua, isu-isu itu lebih kepada gimik murahan Umno. Ketiga, isu itu akan mati begitu sahaja dan berlalu seperti angin. Keempat, isu-isu itu tidak disandarkan kepada fakta nyata. Kelima, isu-isu itu hanya ditangani secara sambil lewa sahaja.

Walau pun isu-isu itu bersifat ‘bodoh’, namun itulah isu yang gemar digegak-gempitakan oleh Umno. Siapakah sasaran mereka dalam isu ini?

Sasaran isu-isu ‘bodoh’ adalah orang-orang seperti itu juga. Orang-orang seperti itu bukan kisahkan fakta tetapi sukakan gimik.

Apabila para pemimpin Umno gimikkan kononnya duit yang diterima itu haram dimakan, maka berpusu-pusulah orang-orang itu menolak daripada menerima duit itu.

Pernahkah mereka menyiasat status sebenar duit itu? Pernahkah mereka mendalami hukum Islam mengenai penerimaan duit sebegitu? Adakah penolakan mereka daripada menerima duit itu berasaskan fakta atau pra sangka?

Pemimpin Umno pun seronok kerana ada orang yang terpengaruh dengan gimik mereka. Mereka pun tampil dengan imej warak, taqwa dan saleh. Seolah-olah kalimah taqwa, warak dan soleh itu memang telah wujud semenjak sekian lama dalam kamus perjuangan Umno.

Seolah-olah yang haram hanya duit judi, tidak duit rasuah, songlap dan salah guna kuasa. Mengapa warak mereka hanya dengan duit judi sahaja? Dan mengapa warak itu hanya di Pulau Pinang sahaja? Agaknya kalau Gerakan masih kekal memerintah Pulau Pinang, sewarak sekarangkah pemimpin Umno?

Malah, ada sebahagian pemimpin Umno memperbodohkan isu-isu serius. Misalnya, isu royalti minyak. Apabila Kelantan ingin menghantar 40 tok guru untuk berdoa di Mekah supaya rakyat Kelantan mendapat kembali hak mereka, ada ulama Umno yang mempersoalkan bilangan 40 itu.

Mengapa 40 orang, mengapa 40 waktu dan mengapa 40 hari? Isu royalti minyak isu serius, tetapi ulama ini cuba membodohkan isu itu.

Isu judi juga isu serius, tetapi dibodohkan. Isu ini boleh ditangani diperingkat dasar. Soal pelesenan, kuasa pihak berkuasa tempatan, peluang perniagaan alternatif jika judi disekat, pendidikan bahaya judi, judi dari sudut budaya dan agama dan banyak lagi.

Tapi sayang, isu ini dibodohkan. Adakah dengan tindakan pemimpin Umno mempengaruhi orang memulangkan duit itu menyelesaikan isu judi yang serius ini?

Sama dengan isu royalti minyak. Sepatutnya ulama itu merungkai isu itu dari sudut dasar dalam ilmu politik Islam, ilmu hubungan G to G, soal perjanjian dan banyak lagi.

Namun sayang, isu besar itu dibodohkan dengan bilangan orang yang akan berdoa di Mekah.

-----------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 2:40 pm
| http://sauhdibongkar.blogspot.com

mindarakyat


1 ulasan:

  1. Hidup Khalifah Umar Abdul Aziz...!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive