Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 12, 2010

Ku Li yang sebenarnya diuji di Galas

Oleh Subky Latif

DUN Galas akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa 60 hari selepas Adunnya Che  Hashim Sulaiman meninggal dunia pada 27 September 2010 lalu.DUN itu mesti diisi dalam masa 60 hari kecuali kekosongan berlaku kurang dua tahun dari tempoh ia matang.

Tentunya PRK itu suatu yang amat sengit justeru Galas adalah satu DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang sejak tahun 1955 ia dikuasai Umno/Perikatan masa itu.



Baru sekali    dalam PRU 12 kubu kebal Umno Hulu Kelantan dapat ditembusi PAS iaitu di Galas. Maka PRK ini adalah ujian kepada kekuatan kedua pihak iaitu Umno dan PAS, apakah kekuatan Umno sudah mula merosot di kubu Tengku Razaleigh itu  atau PAS benar-benar sudah bertapak di situ?

Apa pun keputusannya nanti tidak banyak mengubah senario politik di Kelantan kerana yang menguasai hati nurani rakyat Kelantan pada keseluruhannya sejak tahun 1959 adalah PAS.

Dengan kekuatan dan kemahiran politik PAS Kelantan yang begitu banyak pengalaman dengan kepimpinan yang padu sejak 50 tahun lalu. Maka tiada dapat menyangka ia boleh dialahkan dalam waktu terdekat.

Justeru itu tumpuan besarnya ialah terhadap Gua Musang itu sendiri. Apakah Tengku Razaleigh masih menjadi tonggap Umno di Kelantan atau Gua Musang masih kebal dengan Umnonya?

PAS boleh dikatakan tidak ada di Kelantan tahun 1955 apa lagilah Gua Musang atau Hulu Kelantan itu tempat jin bertendang dan kawasan hitam yang dipenuhi komunis. Dengan kawasan pilihan raya peringkat Persekutuan yang luasnya kira-kira separuh dari negeri Kelantan tiada terdaya PAS untuk meletakkan calon.

Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku  Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.

Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.

Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.

Semasa Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno, Gua Musang dijadikan bahagian anak angkatnya dengan  mengenepikan Tengku Razaleigh, menjadikan Umno seperti kerbau kurus. Ia menuntut pimpinan Tengku Razaleilgh semula.

Dan Gua Musang saja, baik di zaman Tun Abdullah Badawi dan menjelang era Datuk Seri Najib mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden Umno. Tiada siapa dari Umno yang dapat menggantikan Tengku Razaleigh di Kelantan baik Anuar Musa, Mustafa Mohamad mahu Dr. Awang Adek. Tali hayat Umno Kelantan seperti ada ditubuh Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh bukanlah orang yang disenangi oleh Umno Kelantan bahkan oleh Datuk Najib. Tetapi dia tidak boleh diusik di Gua Musang. Mahu tak mahu, Umno tidak boleh menamakan orang lain bagi menjadi pengarah PRK itu, bukan saja kerana  keistimewaan yang ada padanya tetapi dia adakah ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Hancur Umno jika ketua Bahagiannya tidak dijadikan pengarah. Sama ada Ku Li masih berguna pada Umno atau tidak, beliau saja yang dapat mengimbangi kebangkitan PAS di DUN Galas.

Ku Li boleh ada dan boleh tidak ada di Manek Urai, tetapi Ku Li tidak boleh tidak ada di Galas. Kalau dia tidak ada, tidak tahulah apa harapan Umno di situ.

Dengan keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.

Gua Musang mengekalkan Tengku Razaleigh tetapi tidak terdaya menyelamatkan Galas. Justeru itu  Umno tidak yakin calon lain selain beliau untuk bertanding di Galas. Calon lain belum tentu.

PAS tahu akan payahnya menghadapi pilihan raya kecil. Walau pun banyak calon Pakatan memenangi PRK selepas PRU 12, tetapi payahnya tetap ada. Memang kehadiran Ku Li itu menambah kepayahan bagi mempertahankan kerusi itu tetapi yang benar diuji adalah Ku Li. Jika Ku Li tidak banyak membantu Umno kali, maka masa depan PAS di Gua Musang akan bertambah selesa.



DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive