Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 07, 2010

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun


KLANG 6 OKT: Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.
Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.
Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.
Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam “terpaksa” menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.
Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.
Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan,” kata Sankara kepada TV Selangor.
“Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan,” tambah Sankara.
Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.
Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.
Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.
Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.
Sidang akhbar yang “diatur” untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.
Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.
Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.
Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.
Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri.

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive