Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 03, 2011

BERI E-BOOK TAPI MASIH MENGAJAR GUNA PAPAN HITAM



HULU TERENGGANU - Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof mendakwa, walaupun para pelajar di sekolah-sekolah Terengganu mendapat komputer riba E-Book, namun guru-guru masih mengajar menggunakan papan hitam.

Beliau berkata, ia berbeza dengan proses pembelajaran di negara Singapura, dimana pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.

"saya nak sebut, waris-waris saya dapat E-Book (tetapi) tidak gunakan E-Book untuk belajar. (Ia) berbeza dengan (pemerintah) Singapura (yang) bagi E-Book kepada rakyat,

"rakyat di Singapura dapat E-Book, (mereka) tidak bawa lagi buku teks, semua mata pelajaran, semua guna E-Book, (sebaliknya) yang kita ini guna E-Book (hanya) nak tengok internet saja,

"belajar matematik (dan matapelajaran lain) masih guna papan putih ataupun papan hitam,"ujarnya sebagai ahli Panel dalam program Kempen Siber, pengalaman di Asia Barat, yang diadakan di Pekan Manir, dekat sini, 29 April.

Beliau turut mendedahkan, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.

Lebih malang lagi, katanya, apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih.

Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.

Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin dikalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.

"maknanya saya nak katakan disini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book, (bila) diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya.BO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive