Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 09, 2011

Isu Kristian - Hishammudin

SHAH ALAM 8 MEI : Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien dangkal apabila menyifatakan Malaysia berada dalam keadaan bahaya hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia dan blogger pro-Umno bahawa ada pihak mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, kata seorang pemimpin PAS.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menganggap Hishamuddin sebagai cetek pengetahuan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang menteri kabinet.

Beliau berkata, Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam.

Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" semalam dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro- UMNO, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kredibiliti tertentu.

Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia, Paderi Besar Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Tanpa mencela Utusan dan blogger terbabit, Hishamuddin sebaliknya menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Ketika dihubungi TV Selangor, Khalid yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, bukan sahaja DAP malah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjulang agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Khalid turut menepis dakawaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.



“Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja.

“Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen,” katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian.

Khalid kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika.

“Umno yang sepatutnya nak memperjuangkan kepentingan orang melayu patutnya berusaha untuk menjadikan orang melayu lebih cerdik tetapi malangnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas mereka nak sekongkol nak jadikan orang melayu takut dan bodoh,” katanya. TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive