Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 04, 2011

Nik Aziz : Najib jangan ghairah sambut kematian Osama


Pandangan Perdana Menteri Najib Razak bahawa dunia kononnya lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika", kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" tanya Nik Aziz.

Najib semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Malah Perdana Menteri menyifatkan kematian Osama sebagai pengajaran bahawa keganasan membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

"Sebesar manapun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

NIk Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive