Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 05, 2011

Politik Sesumpah



Kalau kita hidup zaman Hikayat Merong Mahawangsa, kita boleh bersumpah untuk melindungi Putera Rom yang gian nak kahwin dengan China Doll dalam pelayarannya menemui Puteri China walaupun sebenarnya pergi jual putera dan puteri ni pada lanun Geruda lagi untung.

Kalau kita hidup zaman Laksamana Hang Tuah, kita boleh bersumpah kepada Sultan Melaka untuk pergi ke puncak Gunung Ledang dan meminang Puteri Jawa walaupun puteri itu awek kita dan boleh saja buat projek bukan-bukan atas gunung itu.

Kalau kita hidup zaman Rasulullah SAW, kita boleh bersumpah bawah sebatang pokok, tangan kita di atas tangan Baginda untuk berjuang ke titisan darah terakhir dalam menuntut bela atas khabar angin kematian Uthman. Dan rahmat Tuhan kepada mereka yang terlibat dalam Bay'at al-Shajarah hingga turunnya ayat memperingati dan menghargai sumpah tersebut.

Itu cerita sumpah dulu-dulu. Orang zaman dulu, zaman betul-betul dulu kala punya kalau bersumpah maka sumpah itu diangkat lebih tinggi dari nyawanya sendiri.

Tapi zaman sekarang lain. Ini zaman Johnny Depp jadi Rango, seekor sesumpah. Dan dalam zaman serba moden ini kebanyakan yang bersumpah itu sebenarnya tak banyak beza dengan seekor sesumpah, boleh berubah warna dan lidah berbelit.

Tak perlulah nak pening kepala sama ada kita boleh pakai sumpah seorang kutu dalam masjid tentang lubang juburnya dijolok, atau sumpah seseorang yang tak pernah main dengan awek Mongolia atau sumpah baru-baru ini oleh seorang Datuk tentang video baik punya yang dia ada itu adalah ori dan bukan Bangkok mari.

Setiap hari orang bersumpah dan kemudian buat perangai seekor sesumpah. Dalam mahkamah tiap-tiap hari orang bersumpah kemudian semua putar belit cerita supaya terlepas dari hukuman. Budak-budak sekolah bersumpah setiap kali perhimpunan dengan mengangkat ikrar tapi dah besar panjang nanti seekor-seekor jadi sesumpah. Yang Islam bersumpah kalimah syahadah tapi berapa kerat saja yang pegang pada sumpahnya itu? Teruna bersumpah 'I love you' pada si dara sebabkan nak dara semata-mata bukan betul cinta pun. 'Sumpah abang tak kahwin lain' kata suami pada isteri sebelum berangkat kahwin satu lagi di Golok pun sumpah juga namanya. Yang tandatangan penerimaan kad kredit sebenarnya bersumpah nak bayar hutang kad kredit tapi berapa juta rakyat Malaysia yang kemudiannya haram tak bayar hutang dan melanggar sumpah?

Benda-benda sumpah laknat ini, sumpah boleh dimakan dek sumpah, sumpah dalam masjid, sumpah dalam mahkamah, sumpah atas nama Tuhan dan segala jenis cucu-cicit sumpah semuanya tak boleh pakai.

Jadi jadah apanya dalam Malaysia ini, semua benda politik nak bersumpah? Nak jadi sesumpah?

tronohtranquility


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. The bitch is back @ Ropi Martini7/5/11 12:43 PG

    Rahim TCik tak bersumpah sebab dia dah wakilkan pada SK. Pelik?? dulu masa rogol gadis bawah umur tak pulak wakilkan dekat org lain...inilah dia Rahim TCik, penjarah, penjilat no. wahid yang tersohor, yang masih hidup atas muka bumi. Saya katakan kalau hantu tu ada bernama..salah satu nama dia adalah Rahim TCik!!..ada percaya?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive