Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 03, 2011

Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS



Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangKatanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir.

Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penang"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive