Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, konsesi sewa 33 tahun pada kadar RM15.4 juta setahun berpunca dari penyelewengan kontrak dari dasar memperniagakan pendidikan oleh Umno BN.“Terikat dengan konsesi sewa asrama, maka sehingga kini Kuis tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Justeru kata Rafizi, hujah pihak tertentu menangkis usaha pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat tidak berasas.“KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan contoh penyelewengan dan ketamakan pemimpin Umno.
“Pada 2007, Redha Resources Sdn Bhd (RSSB) dianugerah kontrak membina asrama dan pusat pelajar Kuis bagi 6,000 orang berjumlah RM125.8 juta.“Kontrak pembinaan berjumlah RM96.1 juta kemudian diberi kepada Bina Puri dengan RSSB menjadi orang tengah. “RSSB dimiliki Sulaiman dengan 7,200,000 saham bersamaan 51 peratus pegangan.
Sementara isterinya, Jamaliah Kamaruddin memiliki 800,000 saham bersamaan 6 peratus pegangan.“Baki 43 peratus pegangan dimiliki Bina Puri Holdings Bhd, subkontraktor yang menjalankan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan asrama,” jelas Rafizi.Tambah beliau, konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah itu membebankan Kuis kerana sewa munasabah adalah separuh dari jumlah sekarang iaitu RM6 juta setahun.
“Bagi tempoh 33 tahun, RRSB milik Adun Permatang akan dapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemuanya untung ‘atas angin’. Kosnya berjumlah RM97 juta sahaja dan keuntungan 524 peratus.“Jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma,” tegas Rafizi.sumber:kl-today
mahal baget tuh bangunan
BalasPadam